Isnin, Disember 24, 2012



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan wujudnya amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad sebagai tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, Pas tidak pernah mengamalkan ajaran syirik selain menafikan wujud penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya telah lama mengenali beliau (Ismail Mina), namun sebelum ini tidak pernah pula beliau berkata demikian. Tetapi sejak berkawan dengan parti lawan, pelbagai kenyataan pula yang timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mustafa, dakwaan yang dibuat Ismail Mina itu mengambarkan beliau tidak tahu apa-apa mengenai Pas.

"Semua orang boleh bercakap pelbagai perkara, tetapi hal ini tidak akan menjejaskan Pas sama sekali," katanya.

Dalam pada itu,mengulas akan hasrat Ismail Mina untuk bertemu dan menjelaskan dakwaannya kepada kepimpinan parti, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Sebelum ini Ismail Mina dalam laporan portal berita, mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme.

Susulan dakwaan tersebut, Ketua Penerangan Pas, Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menyerahkan perkara tersebut kepada sayap ulamanya untuk tindakan lanjut termasuk bertemu dengan Ismail.

Ismail telah menyatakan kesediaan untuk bertemu dan menjelaskan dakwaan itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, adalah baik untuk Ismail Mina bertemu dan menjelaskan dakwaannya bagi mengelakkan kekeliruan.

"Meskipun dalam Pas dakwaan Ismail Mina itu tidak berlaku, tetapi beliau perlu memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping