Ahad, Disember 30, 2012


Hah!!! Ni apa cerita pulak ni? Kenapa pulak program Tweetup Rela Pahang tak dapat sambutan sampai Dewan Jubli Perak tu boleh jadi lengang je macam ni?

Takkan la tak de lansung orang yang datang kot? Tak ramai sangat ke anggota Rela yang ada dalam Pahang ni sehinggakan dewan ni pun tak mampu diisi penuh?

Jangan silap. Gambar diatas tu hanya gambar sewaktu awal pagi sebelum program dimulakan. Ramai lagi anggota - anggota Rela yang berada di luar dewan.

Bila MB Pahang sampai, baru la semua mereka tu masuk ke dalam dewan. Tengok aje la bagaimana penuhnya Dewan Jubli Perak tu dari belakang.


Punya ramai sampai ada yang terpaksa duduk atas lantai dibahagian hadapan dan ada jugak yang berdiri di belakang serta kiri dan kanan dewan.

Ini menunjukkan bahawa anggota - anggota Rela ni masih kukuh setia berdiri dibelakang kepimpinan Kerajaan sedia ada. Mereka sanggup datang dari jauh.

Terdiri dari pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, termasuk la orang Asli turut serta dalam program selama setengah hari ni. Hampir 5,000 orang turut hadir. Tahniah kepada semua.

Anggota Rela kini dianggap sebagai anggota tambahan kepada pasukan - pasukan Keselamatan yang ada seperti Polis dan sebagainya.


Bukan lagi macam dulu. Sekadar menjaga lalu lintas dan kenduri kahwin je. Sekarang Rela ni lebih luas skop kerja mereka termasuk la program - program kemasyarakatan.

Semua ni bagi membantu meringankan tugas - tugas yang dipikul oleh badan - badan keselamatan sedia ada seperti Polis yang memang tak cukup tangan nak buat kerja.

Tapi, itu pun masih ada jugak pihak yang nak membekukan pengambilan anggota - anggota baru bagi meramaikan lagi anggota Keselamatan Negara. Tinggal lagi, apa nak pelik ye tak. Dah memang dasar manusia tak sedar diri. Memang macam tu la perangai diorang!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping