Rabu, Disember 12, 2012


Kalau nak disenaraikan, memang banyak benda yang puak - puak Pakatan Pembangkang ni tak mampu nak buat. Kalau kita bagi apa saja, dah tentu diorang akan GAGAL.

Sebab itu tajuk diatas diletak 'Salah Satu Perkara' kerana ianya merupakan diantara perkara - perkara yang takkan mampu diorang nak buat.

Mati hidup semula pun, diorang takkan mampu nak buat benda ni. Biar seribu kali diorang mati dan hidup semula, benda ni takkan berubah iaitu Terima Kebenaran.

Dan sindrom Anti Kebenaran yang dialami oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni bukan sekadar menyerang pemimpin diorang je. Tapi kesemua sekali.

Termasuk la pencacai - pencacai Kahak Hijau yang dok hentam pembinaan Kilang Lynas tu hari - hari. Diorang memang tak boleh terima Kebenaran.

Diantara Kebenaran yang diorang tolak ialah mengenai tahap Keselamatan bahan tersebut. Ulang la banyak kali kata bahan tu selamat, diorang tetap kata bahaya.

Seterusnya mengenai Ketetapan yang telah dibuat. Datang la panel pakar dari serata ceruk dunia dalam pelbagai bidang yang berkenaan, semuanya diorang tolak mentah - mentah.

Pakar diorang jugak yang diorang nak dengar biar pun pakar tu tak tau menahu lansung pasal bahan nadir bumi ni. Itu pun diorang kata Pakar diorang hebat.

Memang hebat pun. Hebat menipu. Tu pasal la bila dimintak fakta dalam mahkamah, pakar diorang GAGAL untuk memberikannya sebagai bahan bukti.

Dan disebabkan itulah diorang kalah dalam tuntutan injuksi terhadap kilang tersebut. Pun diorang tak boleh terima kenyataan jugak. Pun diorang tolak jugak Kebenaran.

Sekarang, bila kilang Lynas tu kata diorang akur dengan Ketetapan Kerajaan untuk mengeluarkan bahan residu dari Malaysia, dah diorang buat pulak spekulasi lain.

Kononnya diorang buat pulak dakwaan bahawa bahan Residu tu bahaya dan sebab itulah ianya terpaksa dibawa keluar. Nampak tak? Tak habis - habis buat fitnah.

Fitnah jugak la yang jadi bahan makanan diorang. Kepalsuan jugak yang jadi bahan untuk diorang terus hidup. Kalau tak menipu, mau mati diorang dibuatnya. Jadi, itu je la kerja yang diorang buat. Menipu je kerjanya. Macam tak de kerja lain!!!
KUANTAN - Lynas sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia.

Sebagai respon kepada laporan media baru-baru ini yang dikatakan tidak tepat berhubung pemindahan sisa yang dihasilkan oleh Loji Bahan Lanjutan Lynas (LAMP), ia berkata Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'.
        
Ia berkata, pada 7 Dis, Lynas menjalankan demonstrasi di LAMP di sini bagi menunjukkan kepada orang ramai dan media bahawa bahan mentah yang diimport itu adalah selamat kepada orang awam.
        
"Naib Presiden dan Pengarah Urusan kami, Datuk Mashal Ahmad di sepanjang taklimat dan demonstrasi itu langsung tidak menyatakan bahawa sisa itu akan kekal di Malaysia," kata Lynas dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping