"Saya tak peduli fasal perkara (kritikan negatif) itu. Kerana fokus saya adalah pada Palestin. Pada saya jangan lah kita bersangka yang buruk kepada sesiapa yang bercakap (kritik) tu.
Pada saya mungkin pihak yang kritik tu, dia tak tahu. Apa yang penting fokus kami adalah pada Palestin dan Gaza. Jangan lah cuba bawa isu ni ke isu lain, ia tak membantu sesiapa pun", kata Afdlin Shauki kepada malaysiadigest.com.
Afdlin yang juga merupakan duta Organisasi sukarelawan kemanusian Aqsa Syarif diminta mengulas mengenai isu panas berkaitan kenyataan pelakon Abby Abadi di laman sosial Twitternya, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan tersebut, aktres yang semakin aktif dengan aktiviti ceramah itu seolah-olah memperlekehkan niat suci Adflin, Bront Palarae, Zain Saidin juga delegasi Aqsa Syarif yang berlepas ke Gaza pada 3 Disember lalu bertujuan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Sementara itu Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor turut berkata, usaha murni yang mereka jalankan ini bukan semata-mata mahu mendapat nama atau sebagainya.
Sebaliknya misi mereka ikhlas iaitu mahu membantu mengurangkan penderitaan penduduk-penduduk di bumi bergolak itu.
"Berkaitan dengan komen negatif itu, kami memang tak ambil sebarang nama dari mana-mana pihak. Aqsa syarif tak ambil nama, Afdlin Shauki tak ambil nama.
Bront Palare pun tak ambil nama. Kita masing-masing nak membantu. Jadi kita menyeru dan mengajak semua termasuklah pihak yang memberikan komen-komen negatif itu, mari bersama-sama kami.
"Kami tak ada masa nak layan komen-komen negatif ni sebab kita ada banyak kerja dan perlukan banyak masa untuk melaksanakan usaha murni ini", tegasnya sambil kelihatan Afdlin yang berdiri di sebelah beliau mengangguk tanda setuju.
"Kalau sesiapa yang tengok sendiri keadaan di sana, mereka akan nampak yang perkara (kritikan) ini sesuatu yang sangat remeh!
Jangan lah kita ada-adakan perkara yang remeh sebegini padahal ada banyak lagi kerja perlu kita lakukan. Pada yang bagi komen negatif, kita takkan balas!
Sebaliknya, kami menyeru pada pihak itu, sila lah datang dan mari kita fikirkan bersama macam mana nak bantu rakyat palestin", katanya.
Dalam perkembangan lain, Afdlin turut memberitahu dia sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem di Gaza.
Sepanjang di sana, selain sempat merakamkan dokumentari pendek, Afdlin berkesempatan berbual dengan beberapa pembikin filem muda.
"Memang saya rancang nak buat filem. Masa kita kat sana pun kita dah rakam satu dokumentari pendek, tujuannya adalah untuk kita tunjukkan pada rakyat Malaysia akan penderitaan yang dialami saudara seislam kita di sana.
Saya juga ada berborak dengan pembikin filem muda di sana. Mereka ada merakamkan footage-footage seperti suasana ketika dibom. InsyaAllah kita akan bekerjasama dengan mereka.
Mengenai perlantikannya sebagai duta Kehormat OIC, Afdlin berkata dia ada berbincang dengan pihak OIC tentang perkara tersebut.
Malahan beliau sedia memberikan khidmat dari segi membantu memulihkan semula pembanggunan negara itu.
"Pihak OIC ada membuka syarikat di Gaza. Mereka datang berjumpa saya dan bersetuju untuk jadikan saya duta. Kami juga ada berbincang.
Saya akan bantu sedaya yang boleh. Kita merancang untuk memulihkan semula pembanggunan dan infrustruktur di sana", katanya.
Ps: Ponggong Si Ostazah Pening tu pun boleh tahan jugak ye. Hehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.