Ahad, Disember 09, 2012


Semalam, blog ini menerima kritikan diatas komen yang diberikan terhadap kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hoo Pang Chow.

Kritikan tersebut seolah - olah menyokong kenyataan Pang Chow yang mendakwa Rejim PAS Kelantan bakal kehilangan sokongan pengundi Cina.

Pang Chow menjadikan kontroversi salon gunting rambut di Kelantan itu sebagai satu propaganda Politik semata - mata. Bukannya dia faham pun pasal Hukum Islam.

Dari kritikan yang diberi, adakah bermakna selama hari ini Rejim PAS Kelantan telah melakukan kesilapan dengan menguatkuasakan undang - undang Islam?

Maknanya, selama hari ini, apa yang menjadi amalan oleh Rejim PAS Kelantan tidak berlandaskan Hukum Islam yang sebenar. Bukan begitu?

Bukan ke selama hari ini PAS sering mendabik dada mengatakan yang mereka akan tetap melaksanakan Hukum Hudud walaupun ditentang oleh sesiapa juga?

Tapi, kenapa pulak bila ada pihak yang mempertikaikan perkara tersebut, PAS dilihat tunduk dan terus patuh dengan arahan - arahan mereka yang bukan Islam?

Adakah layak bagi Si Hoo Pang Chow tu untuk mengajar orang Islam tentang undang - undang dan Hukum Islam itu sendiri? 

Adakah Si Pang Chow tu lebih bagus dari ulama - ulama yang ada dalam PAS? Sebenarnya, itulah isunya. PAS kata diorang ni semuanya golongan ulama belaka.

Jadi, komen yang diberikan oleh Hoo Pang Chow tu seolah - olah memperlekehkan ulama - ulama yang ada dalam PAS. Itu pun kalau dalam PAS ada ulama la kan.

Dan yang paling utama sekali ialah mengenai pendirian PAS sendiri. Walaupun diorang mendabik dada kata diorang pejuang Islam, tapi bila timbul isu ni terus diorang menikus.

Terus diorang pulak yang menggelupor mencari jalan penyelesaian. Soalnya, adakah penyelesaian itu dilihat mampu mengukuhkan Hukum Islam?

Adakah penyelesaian itu dicari bagi mendapatkan Kebenaran tentang Keadilan dalam Islam atau hanya sekadar untuk meraih undi semata - mata?

Ini semua soal niat dan nawaitu. Bukannya soal sama ada Si Hoo Pang Chow tu faham Islam atau tidak. Ianya soal menegakkan Keadilan dan Keadilan Islam itu jelas.

Ianya tak perlu dipertikaikan lagi. Hukum Islam ni untuk semua, bukannya setakat untuk orang Islam sahaja. Islam itu Adil, tetapi orang macam Si Pang Chow tu sahaja nak menyatakan bahawa Islam tu berat sebelah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping