Sabtu, Januari 26, 2013


Kesian beb. Memang kesian betul dengan nasib yang menimpa puak - puak Parti Angguk Saja ni. Nasib diorang ni memang malang sokmo.

Nak pulak Si Hadi Awang tu. Dia belajar sikit punya tinggi, tapi bodoh tetap jugak bertingkat - tingkat. Hidup - hidup kena main dek Si Ketua Penipu tu.

Semua orang dah tau taktik Si Ketua Penipu tu nak melarikan diri dari dipersalahkan dalam isu berkaitan dengan kalimah Allah ni. Kaedah yang dia buat memang licik.

Pertama dia buat mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan lebih awal dari Majlis Syura PAS supaya dia tetap boleh menjadikan ianya sebagai alasan.

Dengan cara tu dia boleh memerangkap 'lembu' dia yang seterusnya iaitu Si Hadi Awang tu. Habis je mesyuarat, dia suruh Hadi Awang pulak yang umumkan keputusan.

Bila Hadi Awang umumkan keputusan tersebut, dia boleh tunding jari kepada Hadi Awang sebab Hadi Awang jugak yang umum, bukannya orang lain.

Jadi, kalau orang nak pertikaikan pendirian Pakatan mengenai perkara tersebut, Si Ketua Penipu tu tetap akan salahkan Hadi Awang jugak.

lepas tu dia kata Hadi Awang tak bawak isu tu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan. Dah pulak! Hadi Awang jugak yang kena.

Padahal semua orang tau. Mesyuarat Majlis Pimpinan tu hanya Si Ketua Penipu tu sorang je yang boleh panggil. Orang lain mana ada kuasa.

Jadi, memang nampak sangat la Si Ketua Penipu tu sebenarnya sekadar nak melepaskan tengkuk dia je dalam isu berkaitan dengan kalimah Allah ni.

Dia nak rakyat tidak menyalahkan dia dalam isu tu. Dia tak nak ada kena mengena dengan perbalahan tersebut. Tu pasal la dia 'lembu'kan Si Hadi Awang tu. Dasar penipu tu, penipu la jugak!!! Bukannya dapat nak ubah dah!!!
Agendadaily – Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.
Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.
Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.
“Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan…tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah. Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan,” katanya.
Di sinilah Hadi terbelit kerana pimpinan atau majlis Pakatan Rakyat belum bermesyuarat bagi membolehkan beliau menyatakan pendirian PAS sama ada kekal dengan perakuan 8 Januari atau dibuat Majlis Syura. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping