Jumaat, Januari 25, 2013


BAGI banyak orang, persiapan majlis perkahwinan kebiasaannya akan hanya dimulakan apabila mereka sudah mempunyai insan istimewa yangmahu dijadikan suami atau isteri. 

Jarang sekali orang membuat persiapan pernikahan, jika calon pengantin belum lagi ditemui. Memang tak pernah dibuat orang.

Justeru, apabila penyampai radio popular, Fara Fauzana memberitahu dia sudah membuat beberapa persiapan untuk bergelar pengantin, ramai yang bertanya, siapakah lelaki bertuah itu?

Fara baru-baru ini membuat kenyataan mengejutkan apabila mengaku bahawa dia sudahpun menyiapkan perkara-perkara utama dalam menjayakan majlis pernikahan dan persandingan.

"Memang betul, segala persiapan seperti reka bentuk kad undangan perkahwinan, barang-barang hantaran serta pihak katering mana yang akan saya gunakan, semuanya sudah ada. Saya sudah bersedia untuk itu semua," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya soal calon suami, ada sedikit masalah di situ. Fara dengan penuh jujur mengakui bahawa sehingga ke detik ini, dia belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai.

"Masalahnya, cuma saya belum bertemu dengan bakal suami, itu saja. Semua yang lain sudah sedia, cuma calon suami masih mencari-cari," katanya berterus terang.

Menurut Fara, dia mahu berlaku jujur dan tidak menyembunyikan kebenaran apa yang telah dilakukannya sekarang ini.

Sikap suka merancang lebih awal sebelum melakukan sesuatu perkara, membuatkan dia nekad membuat persiapan perkahwinan.

"Segala persiapan untuk melangsungkan hari bahagia itu sudah tersedia, kini saya hanya perlu menanti insan istimewa itu hadir dalam hidup saya," tambah wanita berusia 33 tahun ini lagi.

Fara yang turut tercalon dalam kategori Pengacara Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2012 (ABP 2012) ini menegaskan walaupun dirinya mempunyai ramai peminat, tetapi masih tiada jejaka istimewa dalam hidupnya.

"Walaupun saya berkata saya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menamatkan zaman bujang, tetapi secara jujurnya saya masih solo dan terus berusaha mencari," jelasnya yang kali terakhir bercinta pada kira-kira dua tahun yang lalu.

Tambah wanita yang juga dikenali dengan nama panggilan Fafau ini, bukan tiada lelaki yang mendekatinya, tetapi apabila mereka mula berkenalan, lama kelamaan hubungan itu terjalin sebagai seorang rakan dan bukan pasangan bercinta.

"Tipulah jika saya berkata tiada lelaki yang mendekati. Tetapi apabila kami mula berkenalan, lama kelamaan hubungan kami dilihat lebih serasi sebagai rakan dan bukan pasangan kekasih.

"Mungkin pada awal perkenalan, masing-masing mengharapkan ia akan menimbulkan perasaan cinta. Keadaan sebaliknya yang berlaku apabila kami lebih serasi sebagai kawan," tambah Fara.

Bagaimanapun perkara ini tidak akan menghalang dirinya untuk terus berusaha mencari calon suami yang bakal menjadi peneman hidup ini suatu hari nanti.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping