Sabtu, Januari 05, 2013


Hadus!!! Ini macam punya cerita pun ada jugak ke kat Malaysia ni? Apa, terdesak sangat ke Mak Janda tu tu sampai nak main paksa - paksa orang ni?

Dah tak de kerja lain ke yang dia nak buat? Takkan la dia tak de kemaluan pada diri dia sendiri sampai sanggup buat benda macam tu?

Kot dia tak de maruah macam Si Ketua Penipu dan anak beranak dia tu tahan la jugak. Boleh jugak la diterima akal sebab Si Ketua Penipu tu anak beranak memang ada sakit otak!!! Takkan la Mak Janda ni pun ada sakit otak jugak kot!!!
KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Semalam menerusi ruangan gosip Murai Batu ada menyentuh perihal seorang janda meletop dari Kuantan, Pahang yang tergila-gilakan penyanyi popular, Hafiz Suip sehingga mengajaknya berkahwin. 
Nampaknya cerita berkenaan telah mendapat maklumbalas yang cukup hangat daripada peminat kepada penyanyi Awan Nano itu, hinggakan ada yang ingin tahu akan kesahihannya. 
Namun apa yang pasti dan segelintirnya pula sudah pun mengetahui bahawa ia hanyalah sebuah adegan tipu daya atau 'prank' yang dilakukan oleh produksi rancangan Kan Dah Kena kepada Hafiz Suip untuk melihat keupayaan penyanyi berkenaan berhadapan dengan situasi cemas tersebut. 
Malah, si janda meletop bernama Deeba yang dimaksudkan itu merupakan seorang pendatang baru dalam dunia lakonan yang ternyata masih menuntut di sebuah universiti tempatan dan masih lagi solo. 
Episod ke-5, Kan Dah Kena yang diacarakan Nabil Raja Lawak, Aril AF7 dan pelakon cilik Rykarl Iskandar bakal disiarkan pada 5 Januari 2013 (esok) di Astro Ceria (saluran 611), jam 11.30 pagi dan ulangannya pada Jumaat (12.30 tengah hari), Sabtu (7 malam) dan Ahad (8.30 malam). 
Penerbit rancangan berkenaan, Nurul Ain Mohd Noor,28 berkata, Kan Dah Kena merupakan rancangan terbaru di Astro Ceria yang mengetengahkan kelainan di mana bakat kanak-kanak digunakan untuk mengenakan orang dewasa. 
"Inilah keistimewaan Kan Dah Kena kerana selalunya orang dewasa mengenakan orang dewasa, tetapi kali ini kanak-kanak pula mengenakan orang dewasa yang diketuai Rykarl sebagai 'mastermind' dalam setiap perancangan. 
"Bukan sekadar untuk bahan hiburan semata-semata, program ini mengetengahkan pengajaran dalam setiap adagan 'prank' yang kita lakukan. Untuk episod kali ini kami mengenakan Hafiz Suip yang diuasik oleh seorang peminat wanita bernama Deeba yang ingin berkahwin dengannya. 
"Kita akan dapat melihat bagaimana Hafiz memberi peluang kepada Deeba yang sepatutnya tidak perlu berlaku kerana Deeba adalah orang asing. Begitu jugalah dalam dunia kanak-kanak yang tak sepatutnya mempercayai orang yang tidak dikenali," kata Nurul Ain panjang lebar.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping