Isnin, Februari 25, 2013


Ala, apa kita nak peduli puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak buat apa pun. Lantak ke diorang la. Waima diorang nak berbogel sekali pun, kita peduli apa.

Yang pasti, rakyat dapat menilai dengan mata kepala mereka sendiri. Rakyat dapat melihat dengan jelas sejauh mana ketelusan puak - puak Penipu Rakyat tu.

Dah memang cukup jelas bahawa mereka hanya berjuang atas dasar kepentingan diri mereka sendiri. Bukannya diorang berjuang untuk orang lain pun. Cakap nak memperjuangkan rakyat tu sekadar cakap je. Hakikatnya, diorang tak reti nak buat!!!
Usaha pembangkang untuk meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Johor memakan diri apabila sikap buruk pemimpin mereka yang gila kuasa dan mengutamakan kepentingan diri terdedah melalui 'perang' antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri. 
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, konflik PKR-DAP itu memperlihatkan sisi sebenar kedua-dua parti tersebut dan perilaku tersebut membayangkan negeri ini akan berada di ambang kehancuran jika ditadbir oleh pembangkang. 
"Apa yang berlaku di Johor kerana masing-masing terlalu angkuh sehingga berebut kerusi. PKR-DAP tidak cerita pasal khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat tapi cerita kerusi mana boleh menang. 
"Ini berbeza dengan BN yang tidak seperti itu. Kenapa tidak berebut di kerusi lain di Johor seperti di Parlimen Tenggara atau Kota Tinggi? 
"Kenapa mesti berebut di Parlimen Bakri atau Gelang Patah? Ini menunjukkan mereka hanya fikir tentang diri sahaja dan fikir pasal rakyat di Gelang Patah atau Bakri," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan Jamboree Basikal Bukit Parit Jawa di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Muar, di sini hari ini. 
Perang PKR-DAP berpunca daripada perebutan kerusi antara dua parti pembangkang itu sehingga Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau meminta supaya Datuk Chua Jui Meng dilucutkan jawatan Pengerusi PKR Johor. 
Cheng Hau mendakwa, Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di negeri ini dan salah satu daripada kerusi yang menjadi 'rebutan' adalah Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng dari BN. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping