Isnin, Februari 25, 2013


Kesian beb. Memang kesian. Selama hari ini, PAS sering mendabik dada mengatakan yang KONONnya diorang ni pejuang - pejuang Islam.

Tapi hakikatnya hanya indah khabar dari rupa. Bab hukum Islam yang satu ni pun diorang tak faham. Mustahil la kalau diorang tak tau haram hukumnya percaya pada ramalan.

Ramalan ni dikira sebagai menilik nasib jugak. Bila menilik nasib dikategorikan sebagai syirik, maka ianya jelas haram disisi agama Islam secara terang - terangan.

Jadi, bagaimana mungkin mereka yang sering menggelarkan diri mereka sebagai pejuang - pejuang Islam ni tak tau mengenai perkara ni? Mustahil bukan?

Tapi, itulah yang diorang dok buat selama hari ini. Malah, lebih dari itu sanggup diorang lakukan semata - mata untuk menepati ramalan yang diorang buat.

Sebelum ini, kita dah digemparkan dengan arahan PAS kepada ahli untuk menangguhkan ibadah Haji hanya kerana mahu menghadapi Pilihan Raya.

KONONnya, kata diorang, Kerajaan BN ni bukan peduli sangat pasal semua tu. Diorang yakin dengan ramalan yang diorang buat. PRU 13 akan diadakan pada musim Haji.

Padahal, diorang sendiri tau bahawa ibadah Haji tu merupakan hukum WAJIB bagi seseorang umat Islam yang berkemampuan. Tapi, diorang peduli apa ye tak.

Namun malangnya, ramalan diorang tu hanya sia - sia belaka. Pilihan Raya Umum tak berlaku pada musim Haji. Diorang alih pulak kepada hujung tahun. Bulan Disember katanya.

Pun ramalan yang diorang buat masih tak berlaku jugak walaupun diorang dah yakin sepenuh hati terhadap ramalan tersebut. Nah! Bukan ke itu syirik namanya?

Tambah memalukan, apabila mereka sering silap langkah dalam membuat amalan syirik ni, diorang mula menunding jari dan menyalahkan orang lain. Kata Si Nasha Tantawi:
“Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari 2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih 3.0.

“Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau.

“Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi. - seterusnya...
Hah! Pulak dah! Dah salah agen UMNO pulak kata dia. Padahal semua ramalan tu diorang jugak yang buat sendiri. Sekarang baru nak timbul isu pasal agen UMNO?

Nampak sangat la jahilnya puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang yang kemaruk dengan buat ramalan yang bukan - bukan, dah nak disalahkan orang lain pulak.

Mungkin puak - puak Parti Angguk Saja ni terlupa dengan Ketentuan Allah S.W.T. Kita manusia ni hanya merancang. Allah jua yang menentukan segala - galanya. Bukannya salah agen UMNO diorang tu. Yang diorang percaya sangat dengan agen tu menda kejadahnya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Selagi perjuangan Pas berdasarkan DENGKI dan SAKIT HATI maka Allah tak akan redho.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping