Halaman

Isnin, Februari 18, 2013

DIN PUDU KATA, REBUT KERUSI NI PERKARA BIASA!!!


Ye ah! Memang SH setuju sangat dengan Si Din Pudu ni. Setakat berebut - rebut kerusi sesama puak - puak Pakatan Haramjadah tu dah menjadi satu kebiasaan.

Nak pulak kalau pihak yang terlibat tu PKR. Lagi la SH tak heran sebab diorang mampu buat lebih dari itu. Tak percaya? Meh tengok gambar kat bawah ni:

Hah! Tak ke itu satu pandangan yang biasa bagi puak - puak PKR tu? Setakat rebut kerusi ni, apa la sangat. Diorang siap main baling - baling kerusi lagi.

Tu baru masa pemilihan dalam parti sendiri tu. Belum lagi masuk bab nak rebut kerusi untuk jadi ADUN atau pun Ahli Parlimen. Gamaknya, lagi teruk diorang boleh buat.

Tapi, kenyataan Si Din Pudu ni sebenarnya hanya memalukan puak - puak Pakatan tu je sebenarnya. Secara tak sengaja, dia membukak pekung mereka sendiri.

Dah nampak sangat yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya lebih mengutamakan kerusi untuk menjadi ADUN atau pun Ahli Parlimen. Bukan la sebab diorang nak menjaga kepentingan rakyat sangat pun!!!
SHAH ALAM: Kemelut perebutan kerusi di antara DAP dan PKR di Johor adalah perkara biasa dan tidak akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Beliau yang enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata pergeseran itu akan dapat ditangani dengan berhemah oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Itu perkara biasa sahaja. Sebarang perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kemelut antara dua parti itu bermula apabila Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng mendakwa langkah DAP mahu meletakkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong di kerusi Parlimen Gelang Patah, sebagai tidak matang.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau hari ini menggesa Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail campur tangan dalam perbalahan itu. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. Berapa banyak kerusi dia mauuu hah ? dalam setor aku ada banyak kerusi....nak bape hah ??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.