Halaman

Isnin, Februari 18, 2013

HARON DIN TERUS MEMALUKAN ANUWAR!!!


Ya! SH menyokong penuh kenyataan Datuk Dr. Haron Din ni. Sememangnya sebagai umat Islam, kesucian agama Islam perlu dipelihara dan dijaga dengan baik.

Bukan macam Si Ketua Penipu tu. Demi nak memenuhi nafsu Politik dia dalam Pakatan, sanggup dia gadaikan kalimah Allah kepada puak - puak DAPigs.

Sudah la dia gadaikan kalimah tu secara terang - terangan, dia memperguna pulak Si Hadi Awang sebagai 'Kambing Hitam' dia dalam isu tersebut.

Bila wartawan tanya mengenai pendirian PKR serta Pakatan, dia akan salahkan Hadi Awang sebab tak bawak isu tu dalam Majlis Pimpinan Presiden Pakatan.

Si Ketua Penipu tu dengan sewenang - wenangnya menyalahkan Hadi Awang dan mendakwa kenyataan sebelum ini dibuat oleh Hadi Awang sendiri.

Kononnya, dalam Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada PKR dan DAPigs hanya menurut saja kenyataan yang disebut oleh Hadi Awang.

Nah! Pun masih lagi ada penyokong - penyokong PAS yang nak percaya pada Si Ketua Penipu tu sedangkan dia dah terang - terangan mempergunakan Hadi Awang?

Masih jugak ke diorang sanggup mengadaikan nyawa hanya untuk memenuhi impian seorang manusia yang telah menikam belakang Presiden mereka sendiri?

Kot ye pun diorang kemaruk sangat nak berkuasa, jangan la benda macam tu pun sanggup diorang butakan mata dan pekakkan telinga pulak. Yang digadai maruah agama. Yang dihina pun kesucian agama Islam tu sendiri. Takkan la diorang tak sedar jugak kot!!!
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya. 
Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu: 
''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa. 
''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka? 
''Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk al-Quran pada ketika itu. 
"Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah... Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'. 
''Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia. 
''Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan." - seterusnya...

3 ulasan:

  1. Siti1913@yahoo.com.my19 Februari 2013 pada 8:35 PG

    Orang macam Uztaz Haron Din ni yang perlu kita orang islam ikuti. Perjuangannya tetap konsisten dari dulu lagi. Hidupnya berjuang kerana Allah bukan macam Anwar Ibrahim yang berdolak dalik dalam isu orang melayu apatah lagi Islam.

    BalasPadam
  2. keberaniannya dato harun din menentang kekufuran hanya dalam tempurung majlis syura shj.apa bezanya dgn tukang kebun sekolah yg akan mempertahan kalimah allah dr di guna oleh kristian hingga akhir hayatnya.bezanya tukang kebun tersebut tak ada platfom untuk menyuarakannya..selain itu tak ada beza..pendiriannya yg ingin terus bersama pas yg umum mengetahui pas adalah komponen pr,menjadikan umat islam lebih keliru.beliau tidak menyokong tetapi dlm masa sama beliau bersubahat.waspadalah umat islam sekalian,kita sekali lagi dikelirukan dgn ulamak dr pas.jika benar dato harun din seorang ulamak yg memperjuangkan islam ambillah tindakan yg sewajarnya..dato harun din juga harus bertanggungjawab kiranya umat islam terus keliru dengan kenyataan dan pendirian dato...

    BalasPadam
  3. Kalau betul Datuk Harun Din tak setuju keputusan yang di buat PR eloklah keluar saja dari PAS. PAS sebenarnya nama je Islam tapi sebenarnya dah jauh sesat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.