MELALUI hari-hari lalu dengan penuh rasa syukur, Neelofa tidak mahu terus dikaitkan bercakaran dengan sesiapa pun lagi. Dia mahu segala kekeruhan yang mengiringi kariernya sebelum ini dibuang jauh-jauh tanpa perlu diungkit lagi.
"Saya sebenarnya letih untuk dikaitkan bergaduh dengan orang itu, bercakar dengan orang ini. Cukup-cukuplah beberapa nama terkait dengan saya selama ini.
"Sebagai manusia biasa saya juga mahukan kedamaian. Saya tak mahu hidup saya dikatakan bermusuh dengan orang itu, orang ini sampai saya rasa rimas.
"Padahal kadangkala antara kami tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma bila cerita yang bertebar ditokok tambah, itu yang menambah 'perisa' menjadikan seolah-olah saya bersalah.
"Saya juga sudah masak dengan 'permainan' ini dan kalau boleh cukup-cukuplah sebab saya tak akan ambil pusing lagi," jelas pengacara MeleTOP ini.
Adakah ego Neelofa semakin menurun sejak akhir-akhir ini? Saat ditanya tentang isu tersebut, dia dengan tenang mengakui kebenarannya.
Sudah tiba masa untuknya lebih rasional dalam menghadapi apa sahaja halangan daripada terus terbelenggu dek emosi negatif.
"Mungkin ada benarnya ego saya semakin menurun sejak usia menginjak. Saya anggap perubahan ini adalah perubahan yang positif untuk diri sendiri. Kalau terus dengan ego, sampai bila pun isu lapuk tak akan selesai.
"Saya juga tidak mahu terus merosakkan diri dengan memikirkan masalah yang tak selesai. Daripada berterusan lebih baik saya segera menjernihkan keadaan.
"Setidak-tidaknya hidup saya lebih tenang dan boleh fokus kepada perkara yang lebih penting," jelasnya lagi.
Ps: Huh! Itu cerita pasal ego Si Neelofa ni. Tahan la kalau dia sedar bahawa ego tu hanya akan membawa keburukan kepada diri dia.
Tinggal lagi, orang macam Si Ketua Penipu dan juak - juak Pakatan tu je yang masih tak sedar diri. Walhal masing - masing tu dah tua bangka.
Sepatutnya, orang yang dah tua macam diorang la yang patut tunjuk teladan lebih baik kepada generasi - generasi muda.
Ini tidak. Perangai diorang lagi buruk dari budak sekolah tadika. Macam mana orang nak hormat kalau dah macam tu gayanya!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.