Rabu, Februari 27, 2013


Pergh!!! Memang zalim beb. Ini dah tahap zalim kategori zionist dah ni. Dah habis kejam dah nampak gayanya Si Khalid Gagap ni rupanya.

Tak cukup dengan ibu - ibu tunggal dan budak sekolah tadika. Orang tua - tua pun dianiaya jugak. Kejam beb, kejam. Tak berperikemanusiaan lansung.

Nampak gayanya, Si Khalid ni bukan sama taraf dengan Rejim Zionist Laknatullah tu dah. Dia ni dah berjaya mengalahkan 'FIRAUN'!!! Zalim tahap GILA BABI!!!

Kot kalau kena gaya, datang ke Negeri orang, dia cerita macam - macam. Habis semua orang dia kutuk kononnya hanya dia je yang bagus dok buat kerja.

Hakikatnya, di Negeri sendiri pun habis semua orang yang dia balun. Tak de kenal dah erti kesian. Tak dikira sama ada lelaki atau pun perempuan. 

Malah, budak - budak pun jadi mangsa. Pun diorang masih nak mendabik dada kata yang diorang tu bagus sangat tabur janji ke? Pigidah!!! Cakap tak serupa bikin.

Tu pasal la sampai hari ni tak de orang pun yang nak membicarakan pasal janji yang baru dibuat oleh puak - puak Pakatan tu baru - baru ni. Sebab rakyat dah tau dah. Manifesto tu bukan Janji!!! Si Khalid ni dah membuktikannya. Apa lagi yang diorang boleh buat!!!
SHAH ALAM: Seramai 1,001 warga emas di negeri Selangor memfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pagi tadi bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta. 
Caruman itu adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008. 
Saman berkenaan difailkan Tetuan Kamarudin & Co yang mewakili warga emas, pada jam 9.40 pagi tadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini. 
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang dibentuk oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua.
Dalam tuntutan saman mereka, plaintif yang diketuai Akhirudin Abd Rashid berkata caruman takaful itu dijanjikan ketiga-tiga parti berkenaan dalam kempen PRU 2008 tetapi sehingga kini mereka masih tidak menerimanya. 
Plaintif mendakwa mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap manifesto defendan pertama itu yang dijanjikan kepada warga emas yang menurut tafsiran kerajaan negeri ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 
Abdul Khalid pula didakwa sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan kerajaan Selangor membuat caruman takaful kepada plaintif dan perbuatan kedua-dua defendan dianggap mempraktikkan dasar diskriminasi terhadap plaintif. 
Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad yang mewakili plaintif berkata mereka merupakan kumpulan warga emas pertama di Selangor yang memfailkan saman itu yang terdiri daripada warga emas dari Shah Alam, Gombak, Tanjung Karang, Ampang, Hulu Langat dan Kuala Selangor. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping