"Apa pasal itu orang suka - suka je dia nak buat desakan terhadap orang Islam?" tanya seorang apek malam semalam. SH pun terdiam seketika.
Dalam hati terfikir pulak, kenapa Apek ni tanya soalan ni? Apa pulak kaitannya dia dengan desakan yang dibuat dek Si Biawak Guang Eng tu?
"Dia tak senang ke tengok orang Malaysia hidup aman damai? Kenapa pulak dia tiba - tiba nak mencetuskan penghinaan terhadap agama Islam?" tanya apek tu lagi.
"Saya bukan nak merendah - rendahkan orang Melayu. Tapi ini semua salah orang Melayu jugak. Mengapa mereka masih berbalah sesama sendiri?"
"Tidakkah mereka tahu seandainya Melayu bersatu, nescaya agenda orang lain akan terbantut. Mustahil orang Melayu tak tahu mengenai perkara ini," tegas apek tu.
Uik! Ada betul jugak apa yang Si Apek ni cakap. Kalau Melayu bersatu, dah tentu - tentu keadaan tak jadi macam ni. Dah tentu - tentu Islam takkan dihina.
"Tapi saya pun heran. Kenapa ada pulak pihak yang masih berdiam diri dan mahu bersekongkol dengan musuh yang terang dan nyata?"
"Mustahil jugak kalau tuan - tuan kata yang tuan - tuan tak kenal siapa musuh tuan - tuan. Musuh tuan - tuan dah ada depan mata. Takkan tak kenal lagi dengan mereka?"
"Musuh tuan - tuan sejak sekian lama menjelaskan pendirian mereka. Siap umum dalam media mencabar kesucian umat Islam. Pun tuan - tuan masih tak sedar siapa musuh?"
"Kata mereka, kalau nak bina Negara Islam, langkah mayat dia dulu. Itu bukan musuh yang terang dan nyata? Pun masih ada dikalangan tuan - tuan yang tak sedar?"
Hati kecil SH terus tertanya - tanya, 'Wah apek ni. Nampak gayanya dia lebih Melayu dari Melayu tu sendiri. Melayu pun tak mampu jawab persoalan yang dia bagi.'
"Malangnya, masih ada jugak dikalangan tuan - tuan yang rela dipeluk serta dipijak oleh musuh - musuh yang terang dan nyata ini. Tak malu ke tuan - tuan?" soal apek tu lagi.
Nampak gayanya, isu berkaitan dengan kalimah Allah dan desakan yang dibuat oleh Si Biawak Guang Eng tu bukan sahaja membangkitkan kemarahan umat Islam dan Melayu.
Malah kini ianya mula meresap ke dalam setiap ruang rongga yang ada dalam diri apek ni rupanya. Hebat betul kebiaDAPan Si Biawak tu ye sampaikan Si Apek ni pun marah.
Demikian diantara ayat - ayat dalam ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustaz Ridhuan Tee semalam. Memang meremang bulu roma mendengarnya beb.
Maklum la, Ustaz Ridhuan ni baru 27 tahun masuk Islam. Tapi nampak gayanya, dia lebih Islam dari Melayu yang memang dilahir dan dibesarkan dalam Islam tu sendiri.
Jadi, sama - sama la kita fikirkan. Betapa malunya kita bila isu sebegini boleh dibangkitkan dan menjadi bahan mainan kepada puak - puak DAPigs.
Sebab apa? Sebab ada Melayu Islam yang mengadaikan maruah Islam tu sendiri. Sebab ada Melayu Islam yang berdendam dengan sedara sesama Islam mereka. Pun kita masih tak sedar jugak ke? Korang fikir la sendiri. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.