Isnin, Februari 25, 2013


Kalau kita tengok muka pun dah tau. Makin hari makin cuak Si Ketua Penipu tu dibuatnya. Ada - ada saja halangan dan rintangan dalam usaha dia nak jadi Perdana Menteri.

Tu semua ketetapan Allah S.W.T. Dan hanya orang yang sedar dengan ketetapan itu saja yang dapat menerimanya. Tinggal lagi, orang macam Si Ketua Penipu tu bukan faham.

Dia bukan percaya sangat dengan ketetapan dan ketentuan Allah ni sebab dia ingat diri dia tu lebih dari itu. Tu pasal la dia suka sangat berangan - angan tak tentu arah. Meroyan je la kerja dia tak sudah - sudah!!!
Perwakilan di konvensyen Pakatan Rakyat memberikan sambutan hambar kepada desakan Lim Guan Eng supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Sambutan dingin itu menyerlahkan isu kepimpinan Pakatan Rakyat susulan keengganan PAS untuk mencalonkan Anwar secara terbuka bagi jawatan tertinggi itu.
Sebilangan besar perwakilan yang hadir hari ini adalah akar umbi PKR dan PAS dan dewan persidangan agak “sunyi” apabila Guan Eng menyatakan sokongan bulat beliau untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Jika kita mahu selamatkan negara, kita perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Guan Eng.
Pengisytiharan terbuka Guan Eng yang saban kali diulang sebelum ini bertentangan dengan ketetapan tidak rasmi PAS yang mengambil sikap tunggu dan lihat.
Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik menjadi PM jika PRU memihak kepada Pakatan Rakyat.
"Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.
"Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan... bergantung kepada keputusan," katanya kepadaAntarapos semalam. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping