Mimpi didatangi seorang lelaki berkopiah membawa petunjuk penemuan sebuah barangan purba dipercayai berusia ratusan tahun di sebuah kebun sawit, dekat Felda Lui, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 15 tahun lalu, masih segar dalam ingatan pemilik kebun, Abd Samad Mahmud, 63, apabila bermimpi seseorang yang dipanggilnya sebagai Pak Sheikh memberitahu terdapat harta dalam kebunnya.
Menurut Abd Samad, pada mulanya dia tidak mengendahkan mimpi yang sering dialami sejak beberapa tahun kerana menganggap ia hanya sebagai mainan tidur.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan kerap bermimpi perkara yang sama menyebabkan dia tertanya-tanya dan mahu tahu sama ada diperkatakan lelaki misteri dalam mimpi berkenaan benar atau sebaliknya, sebelum bertindak mencuba nasib selepas beberapa tahun bermimpi.
"Saya cuba beranikan diri mengorek di tempat yang dimaksudkan. Sebaik sahaja saya mengoreknya, saya terlihat beberapa barangan lama seperti mata wang purba, duit syiling lama, mata keris dan beberapa pinggan dipercayai diperbuat daripada tembaga, tertanam di situ.
“Tanpa berlengah lagi, saya terus membawa pulang kesemua barangan itu dan menunjukkannya kepada ahli keluarga lain," katanya.
Abd Samad berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang amalan atau doa untuk mendapatkan mimpi seperti itu sebelum ini.
Katanya, mimpi tersebut muncul secara tiba-tiba dalam tidurnya setiap malam, selepas menunaikan solat Isyak.
“Walaupun sebelum ini saya tidak pernah mempercayai sebarang mimpi, tetapi kali ini berbeza kerana ia berhubung dengan 'harta' menyebabkan perasan ingin tahu itu semakin membuak-buak, saya cuba menggalinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Felda Lui Muda, dekat sini. - seterusnya...

Ps; Huh! Tahan la Pak Sheikh ni mimpi dapat harta. Yang Pak Sheikh bawah ni, mimpi dapat 'Bala' weih!!! Nak mimpi jadi Perdana Menteri. Sekali, dapat Chinadoll pulak. Jadi Perdana Menteri apa kejadahnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.