Selasa, Februari 19, 2013


Hehehe... Ternganga la mamat dalam gambar kat atas tu bila 'Gerakan Bawah Tanah' dia didedahkan kepada umum. Habis la peluang dia nak jadi MB Johor nanti.

Yang tukang dedah pulak bukan orang lain. Sesama diorang jugak yang dedahkan kemaluan dia kepada umum. Kiranya, Si Mamat Ternganga tu kena sailang dengan geng sendiri la.

Itulah buktinya bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya bukan berjuang untuk rakyat. Tapi sekadar nak memenuhi kepentingan diri sendiri je. Cakap nak berjuang untuk rakyat ni sekadar nak menipu rakyat!!!
Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng didakwa menjadi dalang mensabotaj Pakatan Rakyat di negeri itu, lapor Malaysian Insider yang memetik kenyataan Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor, kata Dr Boo hari ini, dan dalam masa sama juga turut menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri pimpinan Chua.
“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ ke atas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor. Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.” kata Boo.
Pengerusi DAP negeri itu mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP ” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”
Menurutnya kemelut DAP-PKR mula berlaku semenjak Chua dilantik Ketua PKR Johor pada tahun 2009.
“Perkembangan sejak dua tahun ini telah menggugat perpaduan Pakatan Rakyat, dan DAP telah menjadi sasaran oleh beberapa kuasa luar dan DAP dilabel sebagai “bongkak”.
“Kisah sebenarnya, PR Johor mempunyai hubungan yang kukuh dan berkesan dalam menyelesaikan pembahagian kerusi sebelum ini tetapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran Datuk Chua Jui Meng,” tambah Boo lagi.
Disamping itu, Boo turut mengkritik langkah Chua mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walhal pembahagian kerusi masih dalam rundingan.
“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum pembahagian kerusi di antara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh pimpinan pusat.
“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.
Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.
“Bagi PR menakluk Johor sebagai salah satu negeri sasaran, sudah sampai masanya untuk saya meminta secara rasmi sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau (Datuk Seri) Dr Wan Azizah untuk mengambil alih kedudukan ketua PKR negeri Johor dan memantau rancangan untuk menawan negeri seperti Johor ini,” ujar Boo lagi. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping