Jumaat, Mac 01, 2013


Haduh!!! Kalau kita nak kata dia bongok sangat, dia marah. Tapi tahap pemikiran Si Tian Chuak ni memang kalah budak sekolah tadika. 

Apa yang dia cuba buat, tak masuk akal lansung. Setakat buat cerita je yang dia tau. Main tuduh ikut suka hati dia je. Siapa pun boleh buat kalau macm tu.

Mungkin Si Tian Chuak dan puak - puak Pakatan Pembangkang tu terkesan dengan laporan media asing yang mendedahkan kaitan Si Ketua Penipu tu sebelum ni kot.

Maka, disebabkan itulah Si Tian Chuak ni cuba nak mencuci dosa dan mengaitkan pihak UMNO sengaja mencetuskan huru hara untuk menakut - nakutkan rakyat.

Kot kalau betul UMNO nak timbulkan rasa takut dikalangan rakyat, kenapa media tempatan tak main cerita tu sebaliknya hanya membiarkan media asing je buat kerja?

Bukan ke sebelum ni diorang kata media tempatan ni semuanya dibawah kawalan UMNO. Jadi, kenapa media tempatan tak memainkan peranan diorang?

Kan nampak sangat yang dakwaan Si Tian Chuak tu tak masuk akal? Kalau ye pun nak buat fitnah, biar la masuk akal sikit. Jangan la main hentam kromo je. Siapa yang nak percaya cakap dia kalau dah macam tu gayanya. Setakat cakap boleh la!!!
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dituduh sengaja mereka cerita mengenai insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah melibatkan konspirasi UMNO. 
Tindakan Tian Chua adalah semata-mata bagi menarik perhatian rakyat supaya membenci UMNO dan kerajaan. 
Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah satu bentuk tuduhan yang tidak berasas terhadap UMNO dan kerajaan. 
Malah, katanya, tindakan Ahli Parlimen Batu itu juga sebagai tidak bertanggungjawab kerana mempertikaikan usaha kerajaan untuk mengusir penceroboh atau Tentera Diraja Sulu di Sabah. 
"Saya kira Tian Chua sengaja mencipta isu bagi menimbulkan kebencian orang ramai terhadap kerajaan, sebaliknya beliau membuat tuduhan dengan tidak mempunyai asas," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Tian Chua hari ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. 
Beliau mendakwa, pencerobohan tersebut tidak mendapat perhatian media tempatan sebaliknya hanya dilaporkan oleh media asing. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Owhh.....diorg pusing lagi plak, malaysia berpakat dgn media filipina, UMNO bayar media filipina. Aku rasa aku dh hafal skrip basi PKR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping