Jumaat, Mac 01, 2013


Dibawah ni petikan yang diambik dari blog sahabat SH mengenai isu berkaitan dengan Si Bala ni. Kalau dengar cerekarama Si Bala tu memang menarik beb.

Tapi, timbul satu persoalan mengenai perkara yang telah dibangkitkan. Pertama, SD atau pun Kenyataan Bersumpah ni hanya diguna pakai untuk menafikan sesuatu bagi diri sendiri.

Tapi, kenapa dalam kes Si Bala ni dia menggunakan SD tu sebagai bahan untuk menghentam Datuk Seri Najib dan juga Datin Seri Rosmah?

Kemudian, Si Bard Burung tu pulak kata, Si Bala ni 'terpaksa' buat SD kedua sebab kononnya nyawa dia terancam dan sebab itu jugak dia melarikan diri ke luar Negara.

Kalau betul la tuduhan yang dia buat, dah tentu tak sempat beb dia nak buat kenyataan bersumpah tu. Jangan kata SD kedua, SD pertama pun dia tak sempat buat.

Dah tentu - tentu awal - awal lagi dia dah kena bom sampai berkecai sama seperti tuduhan yang dia buat terhadap Altantuya. Tak gitu?

Malah, dalam penjelasan Si Bala tu semalam, dia tak sebut pun bahawa Datuk Seri najib bertanggungjawab dalam pembunuhan Si Altantuya tu.

Cuma, apa yang Si Bala ni sebut, Datuk Seri Najib kenal dengan Razak Baginda. Itu sahaja. Kot kalau kita kenal dengan penagih dadah pun, takkan kita pun dituduh menagih jugak?

Benda tu ikut logik akal je. Bila disiasat, semuanya bersih dan itulah Kebenarannya. Kenapa hak itu pun puak - puak Pakatan Pembangkang ni payah sangat nak terima!!!
Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang.

Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.

Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat.

Tambahan pula tindakannya yang ‘flip flop’ sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi.

Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno. Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu.

Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara. - seterusnya...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Gua pulak dari kecik gua benci keling..
    sebab apa?
    sebab gua di ajar.. kalau jumpa keling dengan ular.. bunuh keling dulu.. itu kata kata orang tua tua dulu
    tapi bukan bermaksud kita mesti bunuh keling..
    maksudnya .. keling ni banyak kaki penipu alias auta ..
    teringat sindiran Tun
    better the devil uknow than the angel you dont...

    BalasPadam
  2. PAS berkawan dan boleh terima pertolongan syaitan. Maka PAS boleh dikira golongan syaitan juga le....tak gitu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping