Sabtu, Mac 09, 2013


SH bukan la nak memperkecilkan orang tak tentu arah. Tapi memang itulah realitinya dan ianya tak dapat nak dinafikan lagi oleh mereka.

Kalau sebelum ini, Si Jamalul Kiram III tu kata kononnya dia adalah Sultan yang paling miskin dalam dunia. Mana mungkin dia mampu nak ada kelengkapan senjata.

Tapi, apa yang kesiannya, Si Jamalul Kiram III dan anak beranak dia ni nampak gayanya bukan sahaja miskin. Tapi bodoh belaka rupanya.

Kalau diorang dah tau yang diorang ni tak mampu nak menyediakan kelengkapan yang secukupnya, buat menda jadah diorang nak ceroboh kawasan orang?

Kalau diorang tak ada kewangan yang kukuh, mana pulak datangnya kelengkapan perang seperti yang sedang mereka gunakan sekarang?

Nah! Persoalan itu masih belum mampu nak dijelaskan oleh puak - puak penceroboh tu. Masih lagi diorang memberikan alasan yang tak munasabah.

Dan yang paling memalukan ialah apabila diorang menyatakan bahawa Si Agimuddin Kiram tu sekarang ni masih hidup tapi dalam keadaan yang kelaparan.

Yang diorang bonggok sangat nak menyerang Negara orang tu menda kejadahnya? Sekarang, bila dah kebulur, diorang nak marah - marah pasal apa?

Yang sebenarnya, puak - puak penceroboh ni memang tak de tujuan lain. Diorang ni sebenarnya nak meraih simpati dari orang luar je. Itu taktik diorang.

Kalau dah bodoh sangat nak serang Negara orang tu, tanggung la sendiri woi! Tak de orang der suruh diorang serang Negara orang lain. Semua penyakit ni diorang cari sendiri. Jadi, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la woi!!!
MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani  berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping