Memang patut sangat rasanya kalau diberikan kad 'Orang Kurang Upaya' kepada Kak Wan Omega kita ni disebabkan kurang upaya dia nak jawab soalan.
Bukan apa. Makin hari kita tengok Kak Wan Omega ni semakin hilang keupayaan untuk bercakap. Dah jadi orang bisu dah gayanya. Tu sebab kena bagi kad 'OKU' tu.
Yang paling menyedihkan, Kak Wan Omega ni tak mampu nak jawab persoalan yang dibangkitkan oleh ahli - ahli parti sendiri. Bukan soalan orang lain.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Kalau dah soalan ahli pun dia tak mampu nak jelaskan, inikan pulak soalan yang ditimbulkan oleh orang lain.
Patut la sampai hari ni dia masih jugak mendiamkan diri mengenai isu kes Chinadoll suami dia sebelum ini. Orang tanya pasal jam Omega, sampai hari ni tak berjawab.
Korang bayangkan la. Kalau dah persoalan dikalangan ahli sendiri pun Parti Kencing Rakyat tak mampu nak jelaskan kepada rakyat, macam mana diorang nak memerintah kelak?
Macam mana diorang nak selesaikan masalah rakyat jika masalah didalam parti diorang sendiri pun tak mampu nak ditangani oleh mereka sendiri?
Jadi, kesimpulannya, bukan setakat Kak Wan Omega tu sahaja yang tak layak nak jadi pemimpin. Malah seluruh Kepimpinan Pakatan Pembangkang tu pun sama jugak. Nak jadi pemimpin macam mana kalau masalah dalam kain pun tak boleh nak selesai!!!
KUALA LUMPUR - Sikap membisu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam isu surat terbuka Mohd. Fareez Kamal Intidzam yang membongkar banyak 'cerita dalaman' membuktikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terdaya menyangkal kebenaran.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, hakikat itu jelas kerana Wan Azizah sehingga kini tidak berani bersuara walaupun namanya dikait secara langsung oleh Mohd. Fareez sebagai tidak layak menjadi presiden dan menyimpan perasaan cemburu.
Katanya, sejak surat terbuka yang dihantar kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pembangkang lain, Wan Azizah seperti buntu untuk mencari pendekatan serta jawapan terbaik bagi menyangkal segala dakwaan Mohd. Fareez.
"Selaku presiden parti, Wan Azizah perlu membuat kenyataan mengenai surat terbuka yang dihantar kepada Abdul Hadi kerana namanya dikait secara langsung dalam surat tersebut.
"Tapi sehingga kini dia tidak ambil apa-apa tindakan. Kita lihat Wan Azizah tidak terdaya menyangkal kebenaran yang ditulis Mohd. Fareez.
Inilah yang dikatakan kekuatan sebuah kebenaran," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
"Wan Azizah kena tampil dan buat kenyataan media sebab rakyat mahu tahu cerita sebenar di sebalik surat Mohd. Fareez ini, sama ada ia satu percubaan ambil alih kuasa atau satu lagi skandal dan mengapa beliau dituduh menyimpan rasa cemburu kepada lelaki itu," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.