Isnin, Mac 04, 2013


Nah! SH malas nak tulis panjang - panjang. Korang baca je la pengakuan yang dibuat oleh Penasihat sebenar kepada Sultan Sulu yang palsu tu.
PecahPalak - Seorang Paderi Filipina yang juga menyusun strategi politik, Pastor Boy Saycon, semalam tampil mengaku menjadi penasihat Sultan Jamalul Kiram III dalam tuntutan ke atas Sabah. 

Menurut Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA) itu, tindakan berkenaan dibuat atas kapasiti peribadidan tiada kena-mengena dengan jawatannya. 

Kata Saycon diamengetahui rancangan menceroboh Sabah itu sejak Ogos tahun lalu,tetapi dia membantah cadangan berkenaan. 

"Ada empat cubaan menyeberang ke Sabah sebelum ini, tetapi saya menghalang semua cadangan itu," katanya 

Saycon berkata cubaan pertama dibuat pada Ogos 2012 dan ia dimaklumkan jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani. 

Justeru kata Saycon dia berbincang dengan Jamalul Kiram dan menyakinkan Sultan Sulu itu supaya menasihati adiknya, Agbinuddin tidak meneruskan cadangan itu. 

Kali kedua cubaan itu dibuat pada September 2012 dan Saycon menghantar Abraham ke Sulu untuk berbincang dengan Agbimuddin. 

"Tujuannya supaya mereka membatalkan niat itu," katanya. 

Sebelum dia bercakap dengan Agbimuddin, Saycon berkata, dia dapat tahu raja muda itu mempertikaikan tindakan Jamalul menghalang rancangan berkenaan ketika pengikut Sultan Sulu itu di Sabah ditindas. 

Katanya, pengikut Sultan Sulu di Sabah malu kerana tidak berbuat apa-apa. 

"Agbimuddin mengadu pengikut mereka menghadapi tidakan pihak berkuasa di Sabah", katanya. 

Saycon berkata penduduk keturunan sulu disebat polis sebelum diusir keluar ke Sulu dan Tawi-tawi 

Selepas kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro Oktober tahun lalu, wujud ketegangan dalam pentabiran Sultan Sulu, tetapi tiada rancangan memasuki Sabah disebut ketika itu. 

Cubaan kali ketiga, Saycon, berlaku pada November tahun lalu. 

"Keluarga Sultan Sulu khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan untuk memasukan isu Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro tidak dipertimbangkan," katanya. Inquirer Globalnation. - seterusnya...
Ps: Dengar cerita, Si Ketua Penipu tu tengah kalut nak cari helah untuk tutup kisah pertemuan dia dengan Nur Misuari hari tu. Nampak sangat la dia memang dah kantoi ye tak. Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping