Hmmm... persoalan dari Bumburing ni boleh dijadikan satu persoalan yang cukup besar. Siapa dia 'Personaliti' yang dimaksudkan oleh wakil Sos Tiram tu?
Pendedahan terkini yang dibuat oleh pihak media Filipina mendedahkan bahawa puak - puak penceroboh di Lahad Datu tu pernah berjumpa dengan seorang 'Personaliti'.
Soalnya sekarang, siapa dia personaliti yang merujuk kepada Si Sos Tiram tu sebagai 'Your Excellency'? Adakah kemungkinan personaliti itu ialah Si Ketua Penipu tu sendiri?
Bukan apa. Disebabkan Si Ketua Penipu tu kuat menipu, jadi, perkara ini memang tak boleh nak dinafikan. Kadang - kadang, dia pun suka menyamar jadi 'pihak Kerajaan'. Maklum la. Orang dah kemaruk jadi Perdana Menteri. Macam - macam yang dia boleh buat!!!
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mempersoal identiti seorang ‘personaliti kerajaan Malaysia’ yang mahu ditemui Ketua Penceroboh Sulu, Agbimuddin Kiram.Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk ‘Kumpulan Sulu ditangkap di Sabah’ memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk bertemu ‘personaliti’ dari Malaysia.Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu.“Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang ‘personaliti’ tapi hingga kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak?“Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar,” katanya.Pada 14 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini dilapor berkata polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.Sedangkan, pimpinan tertinggi Umno BN pada hari sama berada di Sabah termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk program BN di Tuaran, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu.Laporan portal Filipina itu juga menyatakan Agbimuddin dan pasukannya dikepung pasukan keselamatan Malaysia.“Mereka bercakap dengan kami dan merujuk saya sebagai ‘Baginda’ dan Duli Yang Maha Mulia’ (Your Excellency & Your Royal Highnesss)),’ kata Agbimuddin dipetik portal berkenaan.Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kegagalan tindakan agresif terhadap penceroboh Sulu selama beberapa minggu menguatkan andaian pelbagai pihak berkaitan pertemuan dengan ‘personaliti’ itu.
Bukan rakyat Sabah sahaja ingin tahu SIAPA 'PERSONALITI' YANG DIMAKSUDKAN???. Perkara ini mesti didedahkan. Rakyat akan menghukum mereka di PRU 13 nanti tidak kira dari pihak BN/Umno atau PR/PKR?
BalasPadamAdalah mustahil pihak yang berunding dengan Pengganas Suluk tidak tahu siapa PERSONALITI itu? Jika ini berlarutan sudah pasti BN/Umno akan terima hukuman di PRU 13 nanti kerana BN/Umno adalah Kerajaan buat masa ini berkuasa untuk mendedahkan siapa DALANG yang dimaksudkan itu.
Tidak hairanlah jika penyokong BN/Umno sendiri akan berpaling tadah untuk mengundi PR. PM Najib bertanggungjawab jika BN/Umno tumpas kerana menyembunyikan perkara sebenar.
SELAMATKAN MALAYSIA DARI DIPIMPIN OLEH MANUSIA DAJAL PENGAMAL LBGT.