Sabtu, April 13, 2013


Nampak gayanya, memang ada peluang sangat la untuk Si Mahfuz ni kembali menyambung pelajaran dia selepas ini. Maklum la. Banyak masa terluang.

Memandangkan lepas PRU 13 nanti, Si Mahfuz Bean tu dah tak de alasan yang boleh diberikan kepada rakyat untuk tidak mengambil peperiksaan SPM sebab dia dah tak jadi wakil rakyat!!!
ALOR SETAR - Kira-kira 30 sukarelawan dari Pejabat Perdana Menteri berkampung di kawasan Parlimen Pokok Sena, dekat sini, selama dua hari sejak semalam bagi memberi khidmat kepada masyarakat.

   
Program Jalinan Rakyat Sukarelawan Pejabat Perdana Menteri Bersama Masyarakat itu turut disertai kira-kira 40 Sukarelawan Jabatan Belia Negeri Kedah serta beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
   
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail berkata program yang telah lama dijalankan itu, diketuai Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohd Po'ad Jelani, yang antara lain membuat kerja-kerja sukarela terutama di kawasan luar bandar.
   
Katanya pasukan ini telah ke merata tempat termasuk di Lahad Datu dan beberapa kawasan lain di Sabah.
   
"Mereka tidak datang dengan tangan kosong. Antaranya, mereka akan mengadakan gotong royong bersama masyarakat dan memberikan sumbangan. Memang ini adalah budaya kami (Pejabat Perdana Menteri).

"Budaya ini telah disemai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas prinsip Sukarelawan 1Malaysia. Perdana Menteri mahu kami fahami masalah rakyat dan selesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong dan Jalinan Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Bukit, Pokok Sena dekat sini hari ini.
   
Beliau berkata untuk program kali ini, sukarelawan yang terlibat melihat sendiri keunikan kawasan Pokok Sena yang sebahagiannya terletak dalam bandar raya Alor Setar, di kawasan pinggir bandar dan kawasan pedalaman.
   
"Masalah yang dihadapi adalah masalah pendidikan di kawasan pedalaman sedangkan Pokok Sena mempunyai banyak sekolah yang baik dalam kawasan bandar raya. Kerajaan akan berusaha meningkatkan taraf pendidikan ini," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Teringin jugak nak dengar komen dari si Makpos ni pasal skandal sex si Musapa Ali tu!
    Mat Sabun pun tak nak komen ke?? kekekekeke!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping