PAS, Dengar Boleh Percaya Jangan Harap!!! |
Kononnya dakwaan Dr. Rani, semua pegawai - pegawai kana Mat Taib dah siap isi borang dan akan serahkan kepada PAS tak lama lagi. Itu makluman dari Si Khalid Gereja.
Sekarang, Si Din Pudu tu kata Menteri Besar yang nak masuk PAS tu asal dari Negeri di Utara pulak. Punya jauh diorang punya konar ye tak.
Yang bawak cerita pulak Si Nizar Lilin. Menteri Besar boneka puak - puak DAPigs di Perak. Habis merata diorang bawak cerita bohong. Nak tutup cerita video Pak Mus ke?
Konon - konon, diorang berahsia sangat tu nak buat kejutan la kononnya. Woi! Dalam waktu sekarang ni, orang dah tak pelik la. Siapa pun nak masuk PAS itu diorang punya pasal la.
Tujuan masuk PAS tu pun orang dah tau. Semuanya sebab tak dapat jadi calon. Bukannya sebab diorang nak memperjuangkan keadilan. Jauh sekali nak memperjuangkan rakyat.
Kalau setakat buat Gempak tak tentu arah ni, baik tak payah. Dah tak de taktik lain ke diorang nak buat? Kalau setakat nak tutup isu video Pak Mus tu, tak payah la.
Buat mengabihkan masa je!!! Rakyat semua dah tengok penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PAS sendiri. Diberi amanah pun diorang tak mampu nak tanggung.
Dalam video tu ada disebut, Pak Mus kena hadir ke satu mesyuarat. Tapi sebab nak 'tebar roti canai atas katil dengan awek' tugas dia pun dia bagi kat orang lain.
Itu bukan penyelewengan dalam melaksanakan tanggungjawab ke? Itu bukan bukti bahawa pemimpin PAS ni jenis manusia yang tak amanah?
Jangan cakap kat orang je pandai. Diri sendiri tu cermin dulu. Apa? Takut cermin tu pecah tengok muka hipokrit diorang? Sudah la!!! Kot ye pun nak menipu, agak - agak la. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat!!!
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar - dari utara Semenanjung, akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.
Salahuddin berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut."Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai Pas.
Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.Menurut Salahuddin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat."Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam Pas dalam masa terdekat ini," katanya. Harakahdaily difahamkan, bekas menteri besar berkenaan adalah dari negeri utara Semenanjung.Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas-mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.