Dalam tempoh setahun dua, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir pemimpin Pakatan Haramjadah dalam usaha mereka untuk mempengaruhi rakyat.
Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman.
Sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.
Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan mereka sendiri.
Memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama juga yang dok masih menerajui parti-parti pembangkang.
Si Ketua Penipu tu sebagai contoh, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti.
Manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.
Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.
Dalam konteks politik DAPigs pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti tersebut sejak sekian lama.
Lim Kit Siang masih kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAPigs dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.
Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif.
Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok, selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.
Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh mereka langsung tak menepati maksudnya.
Melainkan ianya sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.
Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama dan masih tak berkembang.
Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.
Sebelum diorang nak teruskan angan-angan mencanangkan sebarang perubahan, lebih diorang dulu buat perubahan dalaman parti.
Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti.
Humban saja Si Kit Siang, Si Ketua Penipu dan Si Karpal Singh tu jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.
Ps: Kalau setakat pandai nak 'UBAH' orang lain je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Kalau nak 'UBAH', ubah la parti sendiri dulu!!!
kami nak PANGKAH nurul izzah.. XXX!!! di villa uncle nuar.
BalasPadam