Isnin, Jun 24, 2013


WALAUPUN hadir memberikan sokongan kepada himpunan Black505 semalam, menjadi tanda tanya apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak mengambil bahagian di pentas ceramah di Padang Merbok.

Azmin antara pemimpin PKR yang lantang berhujah di pentas-pentas ceramah, namun ketiadaan beliau di pentas berkenaan, menimbulkan sedikit perasaan hairan.

Adakah ini suatu petanda bahawa Azmin cuba mengasingkan diri atau sudah disisihkan oleh PR?

Menerusi laman mikro Twitter miliknya semalam, Azmin menulis, "saya dan YB Khalid Samad sekarang menghala ke Padang Merbok, "peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. Laungan SPR letak jawatan bergema!".

Sementara menerusi posting di blognya tertulis, "sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor. Kumpulan berkenaan dikawal oleh Unit Amal Pas, dan diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Azmin Ali kemudian bersantai di tengah padang bersama rakyat di bawah cuaca panas dan jerebu dari jam 2 petang sehingga jam 5 petang".

Namun, Azmin - seperti kelazimannya akan menyampaikan sepatah dua kata di pentas ceramah, tidak berlaku semalam.

Walhal, pentas itu semalam sewajarnya digunakan beliau untuk mengembalikan 'populariti' yang kian hari kian pudar dek kerana pelbagai kontroversi yang muncul.

Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh sebilangan penyokong pembangkang sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan.

"Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya.

Malah kontroversi Azmin membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, dakwaan amalan nepotisme dalam PKR bukan lagi rahsia.

Namun apa yang berlaku semalam, pandangan mata kasar penulis, Azmin seolah-olah 'dipulau' kerana kelantangannya mengkritik kredibiliti kerajaan Negeri Selangor.

Terbaru, beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu.

Maka tidak hairanlah himpunan Black505 kali ini seolah-olah memandang sepi akan kehadiran Azmin Ali.

Ps: Itulah nasib pemimpin Pakatan yang lantang mengkritik parti sendiri. Diorang ni wayang je kata memperjuangkan Kebebasan Bersuara. 

Diorang nak Kerajaan dengar suara rakyat. Tapi, bila dikalangan diorang sendiri bersuara, ada diorang nak dengar? Tak de der!!!

Cakap diorang je yang orang kena dengar. Cakap orang lain, diorang buat pekak je. Bila kena batang hidung sendiri, mula la kena boikot dengan pemimpin atasan!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping