Selasa, Jun 04, 2013


Ai!!! Pelik jugak dengan Si Fuziah Thoron ni. Baru lima tahun jadi Ahli Parlimen pun dia dah mengeluh tak tentu arah ke? Macam la banyak sangat kerja yang dia buat.

Dalam salah satu status yang tertera dilaman Facebook milik Si Fuziah ni, dia mula mengarut pasal sumbangan yang telah dia buat selama lima tahun.

Kata dia, dalam tempoh lima tahun tu, dah macam - macam benda dia buat. Dan semua tu dia kena buat sorang diri tanpa bantuan dari orang lain.

Tapi sekarang dia berharap sangat dua orang ADUN lain dari Pakatan Pembangkang yang menang dalam Pilihan Raya yang lepas dapat membantu dia.

Aik? Dah dia nak tuduh ADUN Pakatan dua orang tu tak buat kerja pulak ke? Kalau tidak, kenapa pulak dia sampai kena mintak bantuan dengan mereka?

Yang herannya, dalam masa yang sama Si Fuziah tu masih jugak nak mendabik dada kononnya rakyat nak dia jugak yang selesaikan masalah mereka.


Ai! Dah jadi wakil rakyat pun masih nak mengeluh ni apa hal? Kot di luar sana sibuk sangat dia merayu - rayu orang suruh pilih dia jadi Ahli Parlimen.

Sekarang, bila dah dapat jadi Ahli Parlimen dia nak meletakkan beban pada bahu ADUN yang lain pulak. Padahal dia tak de buat apa kerja pun.

Kalau setakat rakyat mintak tolong selesaikan masalah sampah kat tempat diorang, pun Si Fuziah ni nak berkira ke? Orang lain steady je buat kerja. Tak de mengeluh pun.

Barisan Nasional dah 55 tahun memerintah Kerajaan Malaysia. Jaga 25 juta rakyat. Tak pernah pulak kita dengar Datuk Seri Najib mengeluh kata dia penat.

Tak de pulak Datuk Seri Najib mengeluh dan mintak Ahli Parlimen lain bantu dia. Dia buat kerja macam biasa jugak. Tak de pulak dia nak buat status tak tentu arah.

Ini baru jaga satu kawasan Parlimen pun dah nak mengeluh sakan apa kejadahnya. Dah la tu, dia siap salahkan rakyat pulak dok asyik mengadu pada dia je. 

Kononnya dia kata rakyat ni masih tak faham dan hanya dia je yang mampu nak mendidik rakyat tu cara untuk berdikari. Macam rakyat tak sekolah pulak dah dibuatnya.

Pesan SH, kalau nak kerja 'rileks', boleh goyang kaki, baik dia duduk rumah jaga suami. Ada jugak faedahnya daripada nak buang masa meroyan tak tentu arah. Dah dapat jadi wakil rakyat tu, buat je la kerja. Jangan nak menyusahkan orang pulak!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. selama ini pun..tarak apa apa kat kuantan yang berubah bawah pkr..yang buleh dibanggakan oleh fuziah ni @ pkr..sama aje dari bn dulu..

    BalasPadam
  2. Sebabnye...BELIAU tak terlibat pun semasa usaha Memerdekakan Tanah Melayu....

    Takde pengalaman GETIR....
    Dan mungkin Masuk Politik sebab untuk Kepentingan Peribadi....
    Takde KESABARAN untuk sesuatu Pencapaian...semuanya nak cepat dan mudah...

    Tengok Rupa Paras pun...
    sesuai jadi Suri Rumah Sepanjang Masa...
    Didiklah Anak-ANAK menjadi Insan Berguna..
    Layanlah SUAMI...agar DIA TAK MAKAN LUAR....

    BalasPadam
  3. DIA NI BAIK DUDUK RUMAH LAYAN LAKI BUAT ANAK LAGI BAGUS.

    BalasPadam
  4. Besar makna mengeluh tuuuuu...belum dpt projek besar la tu....kena umum dulu kat rakyat dia buat byk kerja....menyelam minum air buat apa bebbbbb..ni mengaut di daratannnn

    Mana la tau jumpa emas dah boleh jual..mcm di kelate jumpa minyak langsung jual...

    Ajaib ajaib...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping