Ini dah kira lebih dari wala' dah ni. Tapi ini dah masuk kategori taksub tak ingat dunia. Dah boleh jatuh Hukum Syirik bagi orang yang menyebutnya.
Baru semalam SH baca dalam FMT, tulisan seorang penulis mengenai Syirik. Salah satunya ialah mengagung - agungkan sesuatu ebih dari mengagungkan Allah S.W.T.
Demikian juga halnya dengan penyokong - penyokong fanatik Ostad Mekdi ni. Dia sekarang pun galak sangat dah bila orang mula mengagung - agungkan dia.
Sampai tahap bila orang tak sebut nama dia dalam iklan pun diorang boleh marah. Itu dah masuk tahap Taksub tak ingat dunia dah tu. Apa pulak Hukumnya?
Takkan pulak kalau nama Ostad Mekdi tu tak disebut dalam iklan pun boleh dianggap sebagai satu dosa besar sampai disiarkan dalam Haprak Daily?
Maksum sangat ke Ostad Mekdi tu sampai WAJIB hukum kena sebut nama dia dalam iklan? Besar sangat ke dia jika nak dibandingkan dengan Ulama lain?
Selama hari ini, SH tak pernah lagi nak kutuk Ostad Mekdi ni. Tapi bila dah sampai tahap penyokong pun fanatik dan taksub sampai begini gayanya, tak jadi jugak beb.
Mungkin diorang ni lupa bahawa diantara bukti orang yang Fasik adalah mereka yang berilmu berkongsi ilmu semata - mata untuk digelar sebagai Cendiakawan.
Ertinya, jika seseorang yang ada ilmu tu berkongsi dengan orang lain dengan harapan dia akan dianggap sebagai seorang yang berilmu, maka dia tergolong dalam golongan Fasik.
Demikian juga dengan orang yang belajar agama dan kemudian dia berkongsi ilmu tu bersama orang lain dengan niat untuk dipanggil Ustaz, pun digolongkan sebagai Fasik.
Jadi, adakah itu golongan manusia yang hendak diagung - agungkan oleh penyokong - penyokong Ostad Mekdi ni? Kalau setakat tau nak pertikai tapi tak tau hukum, baik tak payah cakap. Nanti, lain pulak jadinya!!!
Haprak Daily - Entah kenapa dan mengapa Erra Fazira tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar Idrus ketika mewar-warkan iklan "uji bakat Pencetus Ummah" di dalam rancangan Primadona di Astro..Erra Fazira seolah-olah tidak mahu penonton rancangan Primadona tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus juga kini dijadikan sebagai idola dalam pencarian bakat penceramah muda..Astro menggambarkan Ustaz Azhar sebagai penceramah hebat apabila menyatakan di dalam iklan tersebut Astro meletakkan ayat begini.."INGIN MENJADI PENCERAMAH YANG HEBAT SEPERTI USTAZ AZHAR IDRUS ATAU KAZIM ELIAS?"Astro sendiri mengiktiraf UAI sebagai penceramah hebat.. dan Astro juga tidak kisah meletakkan nama UAI di dalam iklan pencarian bakat mereka..


Hebat amendenya uai ni..setakat bg ceramah dan buat lawak sikit aku pun boleh.
BalasPadamUstaz raja lawak.menghiburkan tapi yg baik tu kenalah kita terima hal hal yg x elok menyentuh politik kita tolak dan peranan ulama ulama yg lain tegur menegurlah demi kebaikan
PadamYg peliknya kenapa nama ada tp tk disebut?..tk pyh letakla nama tu dlm iklan..kan dah jadi isu..uztaz ni tugas dia myampaikn ilmu..soal pgangan politik dia tu hak dia..sekurang2nya hormatlah dia sbgai seorg 'penyampai' ini lebih baik dari dok memuja artis2 yg terang2 byk tk bole dijadikan contoh..
BalasPadam