Rabu, Jun 26, 2013

Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker)  Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan "Kabinet Bayangan" tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan "kabinet bayangan" bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.

"Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.

"Jadi, macam mana nak jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Parlimen semalam.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan.

"Kalau di luar negara dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada.

"Ini salah satu contoh saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya lagi.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah "kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian.

"Perkara-perkara ini perlulah dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan seorang menteri 'kabinet bayangan', kerana kalau nak bercakap tentang sesuatu isu tersebut dia juga perlu tahu tentang isu tersebut," kata Khalid mengulas tentang cadangan Pandikar.

Khalid dalam pada itu juga berkata sekiranya kementerian-kementerian tersebut enggan berkongsi maklumat, sekurang-kurangnya Putrajaya memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan sebarang perkembangan ataupun berita bagi memudahkan kepada menteri "kabinet bayangan" mendapat akses.

"Itulah, kalau kita nak kabinet ini efektif, sekurang-kurangnya perlulah free media lah... Kalau tidak ada free media, payahlah nak kongsi maklumat," kata Khalid lagi disamping bertegas ia lebih baik sekiranya kebebasan media diberikan dan pada masa sama kementerian memberikan maklumat kepada menteri "kabinet bayangan".

Ps: Suruh buat Kabinet Bayang pun susah. Kalau takut nak sahut cabaran tu, tak payah la nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Gunting dalam lipatan, akhbar STAR pun dah jadi lidah pembangkang... okie ler tu... pokoknya pembangkang tak bekerja untuk rakyat.... mereka berpolitik, berceramah dan berdemo ajer yang lebih...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping