Halaman

Rabu, Jun 05, 2013

KERTAS UNDI: BODOH BETUL LA PETUGAS PAKATAN TU YE!!!


Ya. Mungkin itulah yang nak diketengahkan oleh Si Rafizi Jambu tu dalam dakwaan dia terhadap isu pembelian kertas undi sebelum ini.

Mungkin Si Rafizi tu nak membuat dakwaan bahawa petugas Pakatan yang bertugas di DUN berkenaan cukup bodoh untuk tidak mengambil sebarang tindakan.

Tak logik akal sekiranya petugas tu tak nampak kertas undi tambahan dibawa masuk di tempat pembuangan undi. Diorang duduk depan tong kertas undi!!!

Jika pegawai SPR yang didakwa tu bertindak sedemikian, dah tentu - tentu petugas yang dilantik oleh Pakatan sebagai Polling Agen nampak benda tu berlaku.

Sedangkan sewaktu SH pergi mengundi, seorang petugas Pakatan nampak agresif dalam melaksanakan tugas dia. Pantang ada yang tak kena, dia bangkit dan bantah.

Satu kes yang berlaku didepan mata SH dimana seorang anak yang 'downsindrom' berusia 23 tahun dipimpin oleh ibunya masuk ke tempat mengundi.

Petugas lelaki dari Pakatan terus bingkas bangun dari tempat duduknya dan mempersoalkan kenapa ibu tu pimpin anak dia masuk ke tempat pembuangan undi.

"Kan makcik dah mengundi. Kenapa makcik datang ke sini?" soal petugas tersebut dengan suara lantang sambil tangannya ditahan pada bahu makcik tu.

Makcik tu menjelaskan keadaan anaknya yang 'downsindrom' tu kepada dia. Ketua Tempat Mengundi pun datang dan bertanya soalan sama kepada makcik tu.

Tapi, cara KTM tu tanya lebih lembut dari petugas lelaki dari Pakatan tu. Kemudian KTM tu membenarkan makcik tu memimpin anak dia masuk.

Lelaki petugas Pakatan tu nampak tak puas hati dan mempertikaikan perkara tersebut kepada KTM. "Kenapa pulak dia boleh masuk?"

"Bagi la makcik ni bawak anak dia. Anak dia ada hak untuk mengundi. Kalau makcik ni tak boleh masuk, anak dia tak nak mengundi," jelas KTM tu tadi.

"Mana boleh. Dia ni tak isi pun borang kata dia OKU dan perlu dipimpin oleh orang lain," bentak petugas lelaki Pakatan tu kepada KTM.

Mujur KTM tu ada pengalaman menguruskan orang biadap macam ni. Dengan selamba KTM tu jawab, "Kalau belum isi borang, kita isi la sekarang. Apa masalahnya?"

Terpinga - pinga petugas lelaki dari Pakatan tu mendengar jawapan KTM tu. Bertambah 'angin' lagi dia bila KTM tu ambik borang dan terus isi depan dia.

Nah!!! Itu menunjukkan bahawa petugas Pakatan memang peka terhadap apa sahaja keadaan yang berlaku didalam bilik pembuangan undi.

Jadi, adalah mustahil jika Si Rafizi Jambu tu kata kertas undi yang 'dibeli' tu tak dapat dikesan oleh petugas dia. Lain la kalau dia nak tuduh petugas Pakatan yang berada di DUN tersebut buta sampai tak nampak apa yang berlaku depan mata dia sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Dah berapa minggu dah PRU13 berlalu, baru ni lah si lembu Rafizi dapat idea nak kena kan SPR. Ada idea, tapi macam idea kartun.

    BalasPadam
  2. Rifizi itu tahu ke tak tahu bahawa petugas2 di situ terdiri dari guru2 parti pembangkang dan kerajaan.mana mungkin petugas2 itu membenarkan penipuan berlaku.masing2 akan menjaga setiap pergerakan para pengundi agar tiak berlalu penipuan

    BalasPadam
  3. Tuan admin.... saya tak faham sgt rules mengundi ni... kertas undi boleh tak kita bawak keluar ke dari tempat mengundi walaupun kita tak mengundi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak blh...itu ade dlm akta..kcuali undi pos...spr dah jlaskan bila ade satu bdk kononya dpt mgundi 2 tp bw kertas undi kluar tu sbgai bukti.
      ..blh kene jail dlm 1-3 tahun

      Padam
  4. kepada Tanpa Nama 1:02 PG...

    itu esok akan dijelaskan ye... memang ada jugak orang yang tanya benda yang sama... jadi, sabor yek...

    BalasPadam
  5. Proses pengundian:-

    1. Memula kena daftar dengan kaunter SPR untuk pengesahan nama dan saluran mana kita mengundi.

    2. Pergi kesaluran yang ditetapkan, tunggu kat luar pintu sehingga proses pengundian orang sebelum selesai. Didalam bilik pengundian terdapat beberapa petugas SPR dan wakil daripada setiap calun yang bertanding.

    3. Bagi kad pengenalan kepada wakil SPR no.1 disemak dan di sebut secara jelas dan kuat nombor ic dan nama untuk semakan wakil daripada calun yang bertanding. Proses calit dakwat oleh wakil SPR kedua dan kertas dua kertas undi iaitu parlimen dan adun diberi oleh wakil SPR yang ketiga.
    4.Pengundia dibuat didalam ruangan petak mengundi oleh pengundi secara bersendirian dan pengundi diminta memasukan kertas undi didalam peti undi yang disediakan dengan panduan daripada wakil SPR keempat.
    5. Pusat pengundian akan ditutup pada jam 5.00pm, dan proses pengiraan dilakukan oleh pihak SPR dengan ditemani oleh wakil calun yang mengundi..prosesnya..semua kertas undi dilonggokan satu tempat dan diambil satu persatu contoh kertas undi pertama katakana undi PKR ..anggota SPR akan menunjukkan kertas undi tersebut kepada wakil calun satu persatu dan diletakkan didalam kotak yang dikhaskan bagi PKR..begitu lah seterusnya sehingga selesai dan satelah selesai pengasingan proses pengiraan dilakukan. Proses pengiraan undi dilakukan ditempat pengundian dimana tempat mengundi tersebut dilakukan.
    6. Satelah selesai proses pengiraan, pihak wakil calun akan diberi satu boring pengesahan untuk ditandatangani (tak ingat nama borang tu)..satelah itu karong kertas unti tersebut akan disel dan dikunci oleh pihak SPR.
    7. Karong yang mengandungi kertas unti akan dibawa oleh SPR dengan ditemani oleh pihak wakil calun ketempat pengistiharan kemenangan selalunya kedewan majlis penbandaran untuk diistuharkan pemenangnya.

    Persaolannya...

    1. Sekiranya terdapat bangsa asing saperti warga Bangladesh yang mengundi..ini bermakna wakil calun dipusat pengundian tu tidur ataupun tidak dapat bezakan diantara orang Malaysia dengan Bangla.
    2. Sekiranya berlaku blackout sewaktu proses pengundian, wakil calun yang ada bersama berhak membuat bantahan dan memberhentikan proses pengiraan tersebut.
    3. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan sewaktu proses pengundian, wakil calun bertanding berhak tidak menandatangani borang pengesahan yang diberikan oleh pihak SPR.
    4. Sekiranya terdapat penambahan kertas undi yang diletakkan sewaktu perjalanan daripada pusat mengundi ketempat pengistiharaan pemenang sudah tentu lah wakil calun mengetahuinya dan sekiranya perkara ini berlaku ianya tidak merubah sebarang bilangan undian kerana proses pengiraan dibuat ditempat pengundian dan bukannya ditempat pengistiharaan...
    5. Sekiranya benar dakwaan terdapat Bangladesh dan berlaku blackout ..kenapa sampai sekarang ni tiada sebarang aduan polis dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  6. Pemimpin pakatan tau penyokong mereka bodoh dan taksub. Citerlah apa saja pasti percaya membabi buta.
    Gitulah dah bodoh diperbodohkan lagi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.