Ekoran kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang mahu tindakan yang dikenakan terhadap pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee turut dikenakan kepada dua pemimpin tertinggi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tampil menjawab Naib Presiden Pas itu.
Ibrahim, Presiden Perkasa dilaporkan FMT berkata Mahfuz Omar tidak perlu memutarbelitkan kenyataannya berhubung mahu membakar kitab injil.
Menurutnya, beliau bukannya mahu membakar bible yang asli tetapi kitab injil versi Bahasa Melayu yang ada kalimah Allah.
“Oleh itu jangan putarbelit kenyataan saya,” katanya.
Ibrahim menjawab dakwaan Mahfuz yang mempersoalkan kenapa kerajaan mengambil tindakan segera kepada pasangan Alvin dan Vivian yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar bak kut teh (sup babi) di laman Facebook mereka tetapi tidak mengambil tindakan yang sama kepada Ibrahim Ali dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin.
Dakwa Mahfuz, Ibrahim mahu membakar kitab injil manakala Zulkifli pula menghina orang Hindu.
Mahfuz dalam sidang media di parlimen petang semalam mahu tindakan yang sama untuk mengekalkan keharmonian pelbagai kaum dan menghormati agama lain di negara ini.
Ibrahim menjawab polis sudah memanggilnya dan menyiasatnya berhubung kenyataannya itu dan kes ini masih dalam mahkamah maka Mahfuz tidak wajar membangkitkannya lagi.
“Kalau Mahfuz sebagai pemimpin Pas yang kononnya berjuang untuk Islam tidak mampu mempertahankan kalimah Allah, elok berhenti sahaja, buat malu,” sindirnya.
Katanya lagi, Mahfuz lebih mementingkan undi dari agama Islam. Ibrahim menjelaskan beliau tidak kesah dengan bible asli kerana bible itu tidak ada kalimah Allah.
“Sebaliknya kitab injil versi Bahasa Melayu ada kalimah Allah yang boleh mengelirukan orang Islam,” tegasnya.
Selain Mahfuz, roketkini melaporkan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud membuat kenyataan hampir senada dengan Naib Presiden Pas itu.
JELAS,NYATA APA YANG TELAH DIPERKATA...ADA YANG TELAH DISUSUI...
BalasPadamBegitu dia! Satu tindak balas yang cepat dan tepat dari DIA (Datuk Ibrahim Ali). Pemimpin begini yang kita cari..
BalasPadam