Ya! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat berikutan dengan kempen 16:16 puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya. Sejak hari mula, itu la yang diorang jaja kepada rakyat.
Puas mereka menghasut rakyat di Kuala Besut agar menjadi 'Pencipta Sejarah' dan menjadikan mereka sebagai 'Tikus Makmal'.
Tujuannya adalah untuk memenuhi kepentingan diri mereka sendiri. Tujuannya adalah untuk melihat, apa yang akan berlaku selepas PRK berakhir nanti.
Diorang bukan kira apa yang bakal berlaku itu baik atau buruk. Kalau baik, diorang kaan kata itu semua diorang yang buat. Kalau buruk, diorang akan salahkan UMNO.
Diorang tak peduli lansung jika wujudnya keadaan huru hara dan kucar kacir dalam sistem pentadbiran Negeri. Diorang lebih suka tengok sidang DUN kecoh.
Ala, macam yang berlaku di sidang DUN diorang sebelum - sebelum ini jugak la. Macam - macam benda dah berlaku. Itu jugak yang diorang nak berlaku di Terengganu ni.
Bagi PAS, mencipta sejarah itu lebih penting dari nak menjaga kebajikan rakyat. Mereka sedikit pun tidak menjelaskan kepada rakyat, apa kelebihan yang mereka dapat.
Sehingga hari ini, jika ditanya kepada rakyat, apa janji PAS dengan 16:16, semuanya pasti akan menggelengkan kepala. Mereka sendiri pun tak faham.
Yang diorang tau, kedudukan di Dewan Undangan Negeri tidak seperti yang digambarkan oleh PAS. UMNO ada 16 kerusi, PAS ada 14, PKR ada 1.
Itu pun, PAS dengan PKR tidak sehaluan dalam menentukan halatuju Pakatan di Terengganu. Sejak dari sebelum PRU lagi, mereka dah berbalah.
Malah dalam Pilihan Raya Kecil kali ini pun, PKR dilihat tidak banyak turun membantu. Muka pemimpin PKR Negeri pun tak nampak. Semuanya dah cabut lari.
Jadi, bagaimana mungkin PAS boleh menjanjikan 16:16 kepada rakyat sedangkan dalam masa yang sama wakil PKR didalam DUN itu sendiri pun tidak cenderung kepada mereka?
Orang Terengganu jangan lupa, ahli PKR yang ada satu kerusi tu pun bukan orang lain. Dia asalnya dari Pahang. Dan cerita dia di Pahang banyak lagi yang masih belum dibongkar.
Orang yang memegang satu kerusi tu ketika ini hanya menunggu masa je. Dia tu belum tentu selamanya duduk dalam PKR. Jadi, orang PAS tak payah la bangga sangat tak tentu arah!!! Nanti takut melopong pulak dibuatnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.