Jika sebelum ini, kita dengar desas desus dan rungutan dari Mantan Calon PAS di DUN Kuala Besut ni yang mempertikaikan kenapa nama dia tk tersenarai.
Dia katanya turut menyifatkan bahawa PAS sengaja merendah - rendahkan kemampuan wanita untuk terus kekal bertanding setelah dia GAGAL dalam PRU yang lalu.
Namun, rajuk Mantan Calon PAS tu semuanya lesap selepas ketibaan Cikgu Mala, Ikon wanita yang turut kecundang di Pilihan Raya Kecil Tenang tempoh hari.
Apa la ayat Cikgu Mala bagi kat Mantan calon PAS di Kuala Besut ni ye? Mungkin ayat yang sama dia bagi pada suami dia kot sewaktu suami dia mengalami 'kemurungan' dulu. Maklum la. Cikgu Mala ni kan dah handal dalam bab - bab terapi ni!!!
Calon PAS PRU13, Napisah Ismail, sentiasa turun berkempen bagi memenangkan Che Long sekaligus menolak dakwaan bahawa beliau merajuk atau membalas dendam."Kak Napisah sentiasa turun berkempen untuk memenangkan calon PAS, Che Long bersama jentera-jentera daripada Johor, Kelantan, dan jentera tempatan. Setiap hari beliau turun berkempen malah bersama-sama isteri calon turut berkempen," kata Normala atau lebih dikenali Cikgu Mala kepada Te@M I.T pagi tadi.Di UPU Bukit Puteri, pelbagai aktiviti kempen dilakukan antaranya menziarah rumah ke rumah golongan muda bersama Aisyah (penyanyi) . Ada yang merasa sangat teruja dan terkejut kerana tiba-tiba mereka dikunjungi penyanyi tersohor tanah air yang terkenal dengan lagu Janji Manismu. Untuk aktiviti golongan muda antaranya, aktiviti Jom Bertindik yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.Antara aktiviti lain adalah mengiringi calon menyantuni pengundi yang tidak keluar mengundi semasa PRU13 dengan menziarah ke rumah mereka. Respon yang baik daripada mereka dengan tidak menolak kunjungan calon. Ada yang berjanji akan mengundi PAS pada pilihan raya kecil kali ini.Di sebelah malam pula aktiviti bersolat terawih di masjid-masjid bersama jentera dan penduduk. Selain itu calon menziarah penduduk tidak kira PAS atau Umno.Majlis bacaan yasin dan tazkirah turut diadakan. Mudah-mudahan Allah melembutkan hati mereka untuk mengundi PAS pada kali ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.