Jumaat, Julai 19, 2013


Sebelum ni pun, orang dah cakap. PAS Terengganu memang tak percaya dengan PAS Kelantan sebab PAS Kelantan ni Gila Kuasa belaka.

Tapi bila orang cakap, diorang tak nak percaya. Sekarang, diorang sendiri yang terpingga - pingga. Kuala Besut ni Kelantan ke Terengganu? Yang tu, korang fikir la sendiri!!!
Penyokong Pas di Terengganu khususnya di Besut tertanya-tanya ke mana menghilangnya pemimpin Pas Terengganu dalam kempen PRK Kuala Besut kali ini. Kelibat kewujudan mereka hanya dapat dilihat hanya ketika awal-awal sahaja iaitu selepas mengetahui kerusi DUN Kuala Besut diumumkan kosong oleh SPR. 
Namun selepas tiba hari kempen selepas pengumuman dan penamaan calon pemimpin utama Pas Terengganu boleh dikatakan langsung tidak menunjukkan batang hidung mereka. Dalam jadual ceramah sepanjang tempoh kempen ini, langsung tidak kelihatan nama pemimpin utama Pas Terengganu yang turun berceramah. Nama-nama yang dapat dilihat hanyalah penceramah dan juga pemimpin Pas dari luar sahaja. 
Di mana, ke mana dan kenapa situasi ini boleh berlaku. Umum mengetahui bahawa Pas Terengganu dari ini boleh dikatakan mendominasi kepimpinan Pas Pusat tetapi yang turun berkempen adalah pemimpin Pas daripada luar.
Apakah benar desas-desus dan berita yang dikhabarkan bahawa Pas Terengganu dan Pas Kelantan sedang berbalah sesama sendiri? Adakah pemimpin Pas Terengganu tidak berpuas hati dengan perlantikan Husam sebagai pengarah PRK Kuala Besut? 
Antara rungutan yang paling panas yang dapat didengar oleh penyokong Pas Terengganu ialah Kuala Besut ini milik siapa sebenarnya? Adakah ia milik Terengganu atau milik Kelantan sehingga begitu ramai jentera kempen Pas datangnya dari kelantan sedangkan jentera kempen dari kawasan lain dari Terengganu boleh dikira dengan jari. 
Yang lebih menyakitkan hati ialah kelibat Presiden Pas, Hadi Awang langsung tidak kelihatan di mana-mana ceramah besar yang dianjurkan Pas. Bukankah Hadi Awang itu orang Terengganu manakala Pesuruhjaya Pas Terengganu telah pergi menunaikan umrah dikala kempen PRK tengah rancak berjalan. 
Jika berjalan-jalan di sekitar  DUN Kuala Besut ini, tiada satupun banner yang menunjukkan kewujudan jentera kempen Pas yang datangnya dari Terengganu. Adakah kerana dialek orang di sini sama seperti orang Kelantan maka mereka beranggapan orang Kuala Besut sama macam orang Kelantan? Kuala Besut milik siapa… Terengganu atau Kelantan???
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping