Teka teki mengenai kenapa nama Setiausaha Majlis Syura PAS ni tak jadi calon akhirnya terjawab hari ini. Patut la PAS tak nak letak nama dia jadi calon.
Rupanya, disebalik rupa paras dia yang nampak alim tu ada skandal yang tersembunyi. Ingatkan orang macam dia tu Bersih, Suci dan Murni.
Tapi, ada jugak skandalnya. Mungkin sebab itulah kenapa PAS enggan meletakkan dia sebagai calon di PRK DUN Kuala Besut ni. Takut rakyat di Kuala Besut sendiri ungkit balik skandal dia sebelum ni. Kalau rakyat bangkitkan isu tu, bungkus la PAS jawabnya!!!
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.
Namun begitu, pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
Persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd. Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.