Khamis, Julai 18, 2013


Petikan ucapan Calon Pas yang dimuat naik ke Youtube beberapa hari yang lepas telah membuktikan bahawa Azlan Yusof iaitu calon Pas dalam PRK Kuala Besut lebih utamakan bisnesnya di Kelantan daripada rakyat di Kuala Besut.

Azlan bin Yusof atau nama glamornya Che Long memiliki beberapa pernigaan dan syarikat berdaftar dan antaranya ialah Azlan bin Yusof (Che Long Stor) yang beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kg. Tunjong, Jalan Kuala Krai.

Apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah mengapa calon Pas ini mempunyai banyak perniagaan besar di Kelantan dan bukannya di Kuala Besut. 

Sebagai contoh syarikat stor kayunya itu beroperasi di Kelantan dimana boleh dikatakan semua pekerjanya adalah bukan rakyat dari Kuala Besut.

Satu lagi persoalan yang ingin dirungkaikan ialah bagaimana calon Pas ini boleh memiliki syarikat stor kayu yang besarnya amat luar biasa sebagai seorang yang bukan rakyat Kelantan? 

Adakah ada tangan-tangan ghaib yang membantu? Jika ada siapakah empunya tangan-tangan ghaib itu?

Umum mengetahui bahawa ketika PRU 13, calon Pas ini telah menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membantu kempen Husam Musa di Putrajaya. 

Siapakah Husam pada kaca mata Che Long sehingga sanggup meninggalkan kampung halaman di Kuala Besut demi memastikan Husam menang di Putrajaya? Adakah tangan-tangan ghaib yang dimaksudkan itu adalah Husam Musa?

Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping