Sabtu, Ogos 31, 2013


Pemimpin PAS nampaknya masih berteka-teki mengenai masa depan dan kedudukan masing-masing dalam parti yang akan melalui proses pemilihan pada November ini.

Rata-rata pemimpin tertinggi PAS yang dihubungi Antarapos mengambil sikap tunggu dan lihat dengan memberikan alasan mahu melihat pencalonan yang diterima hasil daripada peringkat cawangan.

Mahfuz dan Harun tunggu pencalonan

PAS akan mengadakan muktamar tahunannya pada 22 hingga 24 November depan yang menyaksikan akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei ini sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

"Saya tengok pencalonan dulu, saya pun tak tahu mereka calonkan (jawatan) apa untuk saya. 

"Yalah (pertahan jawatan), biasa bagi orang yang pegang jawatan...kalau ada pencalonan saya bersedia memenuhi harapan itu," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini bagaimanapun berkata bersedia untuk menghadapi cabaran daripada muka baru sekiranya memutuskan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2009.

"PAS sebuah parti yang terbuka untuk sesiapa sahaja menawarkan diri bertanding dan ini menunjukkan keharmonian dalam proses pemilihan dalam PAS," jawabnya ringkas.

Pada pemilihan dua tahun lalu, Mahfuz mempertahankan jawatan itu dalam persaingan sengit enam penjuru. Turut memegang jawatan nombor tiga itu ialah Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Ps: Kalau tanya SH, Si Mahfuz ni layak untuk jawatan apa, SH akan kata, Tukang Angkat Beg Perwakilan. Tu je taraf dia sebenarnya.

Nak pulak bila dia ada pengalaman yang cukup dalam bab itu. Kalau nak suruh dia berceramah pasal bab Islam, apa pun dia tak tau. Maklum la. SRP pun takat 'lulus' je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dah sampai masa semua pemimpin yang ada hari ini dari priseden, timb. priseden,3 naib priseden, SU,Ketua Penerangan dan beberapa AJK pusat mesti di tolak tak lupa Ketua Pemuda yang tak berapa cerdik tu.Pas perlukan pemimpin yang cerdik bertanggungjawab.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping