Khamis, September 19, 2013


Pada pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' dipilih sebagai timbalan presiden PAS selepas menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.

"Beliau barangkali menarik diri untuk dicalonkan sebagai timbalan presiden, ini anggapan saya dan besar kemungkinan beliau akan memberi laluan kepada Datuk Husam Musa yang banyak menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan yang telah bermesyuarat," kata sumber itu yang rapat dengan pucuk pimpinan PAS.

"Melalui laporan yang saya dapat turut mendapat pencalonan yang baik adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, jadi kalau ada pertandingan pun ia adalah pertandingan yang sihat pun di antara dua pemimpin ini (Husam dan Tuan Ibrahim).

"...dan besar kemungkinan juga Mat Sabu akan beri laluan (kepada Husam) dan meminta penyokongnya mengundi Datuk Husam Musa," kata sumber tersebut.

Husam yang kekal sebagai ADUN Salor tetapi tewas di kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU 13, memenangi jawatan Naib Presiden PAS bersama Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dalam persaingan enam penjuru dua tahun lalu.

Pemilihan kali ini dijangka sengit dengan golongan ulama mahu menguasai semula barisan kepimpinan selepas gagal berbuat demikian dua tahun lalu.

Selain jawatan tertingggi PAS,  kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat yang menawarkan 18 tempat, dua pertiganya dikuasai oleh kumpulan profesional atau sering dilabel sebagai puak Erdogan pada pemilihan lalu.

Menurut sumber itu lagi, Husam dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan termasuk memenuhi kehendak Pakatan Rakyat yang mahu pemimpin tertinggi PAS fasih Bahasa Inggeris.

Katanya, ia antara kelemahan yang ada pada presiden serta timbalan presiden semasa dan PAS memerlukan pemimpin yang serba-boleh untuk jawatan nombor dua parti.

Menurut sumber itu Husam boleh mengisi "kekosongan" itu dan kekalahannya di kerusi Parlimen serta keputusan tidak melantiknya sebagai Exco Kelantan mungkin memberikan beliau kelebihan untuk menjadi Timbalan Presiden parti. 

"Perbincangan (antara pemimpin) tidak ada tapi ada yang mengatakan Datuk Husam Musa jauh lebih ketengah dalam soal pencalonan...kalau kita lihat beliau tidak lagi terlibat dalam kerajaan negeri dan beliau bukan lagi seorang exco.

"Beliau juga bukan ahli Parlimen, jadi maknanya banyak masa beliau boleh diluangkan untuk memperkasakan parti. Jadi atas dasar itu saya rasa perwakilan akan melihat kalaulah presiden itu Datuk Seri Abdul Hadi maka timbalan presidennya mestilah 'complement' (pelengkap) iaitu membantu dalam aspek mengeratkan hubungan dengan Pakatan Rakyat serta menjalin hubungan dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Untuk itu pendapat saya elok gandingan Datuk Husam Musa sebagai profesional dan ulama tapi beliau menguasai bidang-bidang lain yang tidak ada pada calon-calon lain yang boleh membantu kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi dan akhirnya PAS," katanya mengulas teka-teki siapa bakal bertanding jawatan utama parti berteraskan Islam itu pada November ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Nak memberi sedikit nasihat kepada ahli-ahli PAS pasal sokongan dan undi Husam. Kan korang tahu yang Husam ni alat dan kuda bang non untuk porak-perandakan Pas dan mengawal Pas untuk kepentingan bang non, pkr dan dap. Jadi adakah tidak mustahil undi Husam dibeli oleh Husam sumber dari bang non? Semenjak pok nik sebut pasal pemimpin ulama' dan kerana isu syiah, jadi perjudian kuda si-samdol mat sabu terpaksa diganti kepada Husam. Harap ahli Pas jangan buta. Mereka yang telah dibeli dan undi Husam, bertaubat lah. Sebab dapat sedikit duti korang sanggup masuk neraka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping