Ahad, September 01, 2013


UCAP sahaja nama Neelofa, pasti akan terbayangkan gadis bertubuh genit dari Pasir Mas, Kelantan yang begitu petah berbicara.

Sejak berkecimpung dalam industri seni pada tahun 2010, setelah memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011, nama Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor terus menjadi sebutan ramai.

Ramai juga penerbit yang berebut-rebut ingin membawa gadis berusia 24 tahun ini ke arena perfileman.

Namun, entah di mana silapnya, dua buah filem Neelofa, di mana dia sendiri bertindak sebagai teraju utama tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Malah tatkala ditanya persoalan itu, Neelofa atau mesra disapa Lofa enggan memberi sebarang komen kerana bimbang menyentuh perasaan mana-mana pihak.

Namun pengacara Nona ini bersikap positif dan menjelaskan: "Kenyataan ini Lofa buat secara umum dan bukan untuk filem yang Lofa bintangi. 

Pada pendapat Lofa sebagai seorang pelakon apatah lagi pendatang baru seperti Lofa, tidak semestinya untuk satu atau dua filem kita terus dapat sambutan yang memberangsangkan.

"Lofa tidak patah semangat apabila dua filem yang Lofa bintangi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada juga dua lagi filem yang Lofa bintangi mendapat sambutan. 

"Lagipun Lofa sedar masih baru dan kerana itu Lofa berhasrat mengikuti kelas lakonan di New York untuk memperbaiki lagi skil lakonan Lofa."

Lofa berkata, biarpun kurang menyerlah dalam industri perfileman, ia tidak bermakna dia tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah masa kini.

Ujarnya, bila terjadinya dugaan sebegini ia menyebabkan Lofa lebih bersemangat untuk belajar dan tidak cepat patah semangat.

"Biarpun ada yang mengkritik, namun hari demi hari semangat Lofa untuk mendalami ilmu perfileman tidak pernah surut. 

"Malah semasa terlibat dengan penggambaran filem Pilot Cafe, Lofa mendapat ilmu yang cukup bermanfaat dari kak Elly Suriati.

"Dia mengajar Lofa bagaimana untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada sesuatu watak dan Lofa telah berikan yang terbaik untuk watak Sharmila dalam filem itu," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping