Ahad, September 01, 2013


Bekas Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya dalam Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober ini namun akur beliau adalah calon  'underdog,' setelah tewas mengejut pada PRU-13 yang lalu.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu turut mengesahkan mempertahankan jawatan timbalan ketua Umno Bahagian Temerloh yang disandang beliausejak 2009.

"Di peringkat Temerloh saya menawarkan diri untuk meneruskan bakti saya sebagai timbalan ketua Umno bahagian.

"Begitu juga di perngkat Majlis Tertinggi Umno saya menawarkan diri untuk meneruskan khidmat saya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno," kata beliau dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.

Mengenai kedudukan di Umno Bahagian Temerloh, Saifuddin bersedia untuk dicabar sesiapa sahaja dalam perebutan jawatan pemimpin nombor dua di peringkat akar umbi.

"Saya fikir di Temerloh setakat ini saya dengar ada pertandingan, pada saya itu adalah amalan demokrasi...jadi kalau ada pertandingan kita bertanding.

"Walaupun saya sekarang ini pemegang tetapi bukan bermakna saya calon 'Favorite' sebab dalam politik apa-apa boleh berlaku dan saya menghormati orang yang nak bertanding dengan saya.

"Pada saya kita bertanding dengan baik, tiada masalah," jawab beliau.

Di peringkat nasional, Saifuddin membayangkang beliau akan menghadapi persaingan sengit untuk mengekalkan kerusi Majlis Tertinggi Umno .

Saifuddin hilang jawatannya dalam kerajaan apabila tewas kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan dalam persaingan kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang dilihat sebagai pemimpin muda yang mampu menarik sokongan untuk Umno berkata kaedah pemilihan baru parti  menyukarkan calon bertanding untuk mendekati  perwakilan.

"Saya fikir saya kali ini termasuk di kalangan calon-calon 'underdog' walaupun saya 'incumben't sebab pertama dengan sistem yang baru di mana semua 191 bahagian akan mengundi pada satu masa pada hari yang sama.

"Ia melibatkan lebih kurang 146,500 perwakilan perwakilan harian, amat sukar untuk bertemu dengan sejumlah itu perwakilan. Oleh yang demikian saya harus banyak bergantung kepada bantuan media, bantuan kawan-kawan dan sebagainya," katanya.  
Categories:

2 ulasan:

  1. Teruskan keikhlasan untuk perjuangan agama, bangsa negara. Jgn kluk klik daa...

    BalasPadam
  2. Harap UMNO Temerloh dapat membuat keputusan yang demokratik dan bijak.

    Pilih lah ketua pemimpin yang disegani ramai, boleh membuat kerja juga tahu apa tu perjuangan Melayu.

    Memilih Saifuddin adalah sangat RETRO.....biarkan dia ikut anwar dengan politikbaru nya....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping