Khamis, September 19, 2013


Memandangkan semua orang kecoh cerita pasal Mukhriz nak bertanding ni, SH pun siarkan jugak la cerita pasal dia. Nak cerita banyak pun, dia dah buat keputusan. SH doakan semoga dia berjaya kali ini!!!
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini.

"Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbangkan perkara ini dari setiap sudut. 

"Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali ke pangkuan Umno, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pemodenan Malaysia.

"Kedah yang DYMM Tuanku Sultannya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, bagi pemilihan kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden Umno Malaysia," katanya pada majlis memperkenalkan calon-calon dari Kedah bagi pemilihan Umno di peringkat pusat, di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon di sini.

Mukhriz berkata keputusan tersebut dibuat selepas membuat pertimbangan daripada beberapa pihak serta mendengar nasihat daripada pelbagai sumber termasuk pemimpin Umno di peringkat negeri.

Dengan keputusan beliau itu menyaksikan saingan enam penjuru bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden yang akan dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Selain Mukhriz, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad juga telah menyatakan pendiriannya untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping