Selasa, September 03, 2013


"Apa la guna berjanggut panjang jika lutut terketar - ketar untuk berdiri. Kalau takut dilambung ombak, kenapa berumah ditepi pantai." - Baca ala - ala tengah baca puisi.

Itulah gambaran sebenar yang mampu diberikan terhadap Si Pak Janggut Putih ni. Kalau bab menghasut orang bukan main lagi dia. Tapi bila suruh serah diri, kecut telur.

Hakikatnya, Pak Samad ni jadi pemberontak bukan sebab dia ditindas dari segi kewangan. Tapi sebab karya dia tidak lagi dijadikan bahan rujukan disekolah.

Bahan sastera bagi Tingkatan 6 telah diganti dengan karya salah seorang sahabat Pak Samad. Kiranya kontrak Pak Samad sudah pun ditamatkan.

Itu je yang membuatkan Pak Samad ni berubah menjadi pemberontak. Sebab kontrak dia ditamatkan oleh pihak Kerajaan. Tu sebab la dia tuduh Kerajaan macam - macam. Hanya sebab kepentingan diri sendiri. Bukannya untuk memperjuangkan rakyat pun!!!
KUALA LUMPUR: Polis meminta sasterawan negara Datuk A Samad Said menyerah diri kepada pasukan itu untuk membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.

"Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia menyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.

"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.

Katanya, polis cuba mengesan A Samad selepas menahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli pada jam 8.40 malam tadi di Kampung Baru.
Categories:

1 ulasan:

  1. apa lah nak jadi dengan dia ni. terima lah hakikat karya orang lain plak nak di angkat jadi bahan rujukan sekolah. takkan la asyik dia je bertahun2. bagilah peluang kat orang lain sama. bukan dia sorang je sastrawan kat malaysia ni ramai lagi. sepatutnya di sisa2 usia dia menyibukkan diri mencari bekalan untuk kehidupan di sana bukan bercampur gaul dengan budak2 hingusan buat pekara2 yang tak sepadan dengan umo dia. sia-sia je buang masa dan tenaga. tengok gaya orangnya dah ada tanda-tanda uzur. duduk dan rehat ja la di rumah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping