Jumaat, November 01, 2013


Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu “pemimpin parasit” yang ditimbulkan oleh Hasan.

Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.
“Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat,” tambah Hakim Yaacob.
Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab ‘serangan’ Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif. 

Ps: Inilah yang orang kata, "What you give, you get back." Hari tu Si Khalid Gereja ni dok sibuk cerita pasal orang lain suka buat cerita fitnah.

Sekarang dia sendiri dah kantoi kerana membuat kenyataan fitnah terhadap bekas rakan seperjuangan dia sendiri.

Ada jugak orang kata, semua ni musibah yang menimpa Si Khalid Gereja tu sebab tegar sangat menyokong Evangalist DAPigs menjahanamkan Islam. Sekarang, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la brader!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping