Isnin, November 04, 2013


Hari mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap (SKSD) bertukar kecoh apabila berlaku provokasi dan ketidakpuasan di antara penyokong Pas dan BN.

Difahamkan, insiden yang berlaku seawal jam 8 pagi itu adalah berpunca daripada kewujudan satu khemah milik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan oleh petugas BN.

Tinjauan Smendapati Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi untuk mengawal situasi daripada semakin tegang.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian, insiden tersebut menjadi semakin teruk apabila terdapat penyokong di kedua-dua parti cuba untuk bertumbuk.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu berkata, insiden itu berlaku disebabkan oleh ketidakpuasan pihak tertentu yang mempertikai mengenai kewujudan satu khemah yang dipercayai milik SPR.

“Khemah apa saya tidak tahu, tapi ini di bawah bidang kuasa SPR. Jadi, kedua-dua pihak telah pun berunding supaya berada di luar daripada khemah itu.

“Tiada perkara tidak diingini berlaku kerana kita berjaya meleraikan pertelingkahan itu dengan cepat. 

Kedua-dua parti bersetuju untuk berada di sebelah kiri sekolah bagi Pas dan BN di sebelah kanan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menenteramkan pertelingkahan tersebut di SKSD, di sini, hari ini.

Ismail berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu sekiranya ada pihak yang membuat aduan dan laporan kepada pihak polis.

“Kita tengoklah kalau SPR mahu ambil tindakan, kita akan menyiasat. Sekiranya ada mana-mana parti yang buat laporan polis juga kita akan siasat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli ketika ditemui berkata, insiden tersebut dapat dikawal.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping