Isnin, November 04, 2013


Heh! Bila baca berita ni, teringat pulak SH dengan insiden yang pernah berlaku sebelum ini. Bila teringatkan perkara tu, SH hanya mampu tersenyum seorang diri.

Ianya berkaitan dengan kejadian banjir kilat yang berlaku pada hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang yang menyaksikan kekalahan Cikgu Mala.

Kelam kabut jugak dibuatnya. Nak pergi mengundi lagi, nak kena selamatkan barang - barang kat rumah untuk pindah ke penempatan sementara.

Tapi, dalam keadaan kucar kacir macam tu pun, PAS masih lagi boleh dapat akal untuk menyalahkan UMNo kerana mengakibatkan banjir tersebut berlaku.

Kata diorang, UMNO yang sengaja melepaskan air dari empangan supaya kawasan disekitar DUN Tenang tu banjir. Cara tu la UMNO boleh menang, kata diorang.

Maka terlintas la dalam fikiran, "Kenapa la bebal sangat kepala otak pemimpin PAS ni ek sampai benda macam tu pun diorang masih lagi nak salahkan orang lain?"

Tak de benda dalam dunia ni yang diorang tak mampu terima hakikatnya. Waima bencana alam sekali pun, diorang akan tetap salahkan orang lain. Terutama sekali UMNO.

Jadi, jangan heran la kalau ada dikalangan pemimpin PAS tu akan keluar ayat menuduh UMNO sebagai punca berlakunya Ribut Petir di DUN Sungai Limau hari ni. Maklum la, buat kerja tak mendatangkan faedah macam tu boleh dapat Pahala bagi diorang!!!
YAN: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau esok.

Bagaimanapun, ribut petir diramalkan pada sebelah petang, kata jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama, Ahad.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat, 37.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, lebih 90 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi PRK DUN Sungai Limau dijangka keluar mengundi esok berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lepas.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping