Isnin, November 04, 2013


Polis Kedah mengesahkan menerima laporan kes berhubung Ketua Wanita UMNO cawangan Bandar Baru Sentul (1C), Norsidah Abu Bakar yang didakwa ditumbuk penyokong Pas ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis telah menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada pukul 11 pagi ini.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi tadi di mana wanita itu ditumbuk di bahagian muka. 

Kita sedang usaha kesan siapa yang melakukan perkara ini dan wanita itu telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Yan," katanya.

Ahmad meminta penyokong kedua-dua parti agar mematuhi arahan polis dan nasihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar.

"Polis akan sentiasa bantu SPR agar mereka tidak dikasari mana-mana penyokong semasa menjalankan tugas. 

Polis sedaya upaya sentiasa pastikan keadaan terkawal di kesemua 17 pusat pengundian," katanya.

Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata, beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.

Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari Pas yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.

"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan.

"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera Pas. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping