Isnin, November 04, 2013


Masih terngiang - ngiang bisikan sahabat SH sewaktu mula - mula sampai di Sungai Limau ni tempoh hari bila bercerita mengenai ramalan.

Soalan yang SH ajukan kepada dia cukup mudah. Agak - agak boleh menang ke BN kat Sungai Limau ni? Sahabat SH tu balas dengan pantas, " Payah bro."

Orang dikawasan Sungai Limau ni dah lama dengan PAS. Susah diorang nak berubah pendirian biar pun apa yang BN tawarkan kepada mereka.

Kalau BN menang pun tipis. Kira bonus la. Tapi kalah dah tentu. Demikian yang dijeaskan oleh sahabat SH yang dah lebih dua minggu duduk bergaul dengan orang di Sungai Limau ni.

Hakikatnya, apa yang dia cakap lima hari yang lepas terbukti pada hari ini. Sungai Limau masih kekal sebagai kubu PAS biarpun selepas Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

"Orang kat sini dia tak kisah sangat politik ni. Siapa pun yang memerintah, diorang tak de masalah. Yang penting, diorang boleh terusa  cara hidup diorang macam biasa."

Itu politik yang diterapkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Tarbiah dia bukan mengenai Politik Kuasa. Tapi lebih kepada kehidupan zuhud.

Jadi, kalau BN turun dan buat macam - macam tawaran pun, diorang tak kisah. Diorang tetap jugak dengan PAS. Itu istiqomah diorang kat kawasan Sungai Limau ni.

Walau apa pun senarionya, PAS hari ini masih belum layak mendabik dada kata diorang menang atas sebab diri diorang sendiri.

Apa yang jelas, roh perjuangan Arwah Ustaz Azizan tu yang masih kekal di Sungai Limau. Bukannya dasar perjuangan PAS yang dibawa oleh Si Mahfuz Bean tu.

Kalau kita tengok keadaan semasa tempoh berkempen, puas jugak Si Mahfuz Bean tu kena buat kerja. Macam - macam spekulasi yang dia kena cipta.

Sampai tahap kena buat cerita pasal SMS, mainkan cerita pasal susu tamat tempoh dan mempertikaikan calon BN pakai kopiah. Kan nampak sesaknya Si Mahfuz Bean tu?

Tak cukup dengan itu. Malah jentera PAS tu turut bertindak agresif sehingga sanggup mencederakan wanita dan menayang 'Anu' kepada jentera Wanita BN.

Tapi persoalannya, adakah semua tu berbaloi? Adakah spekulasi yang dia buat tu menyebabkan PAS masih kekal bertahan di Sungai Limau pada hari ini?

Jangan perasan la Mahfuz oi!!! Kalau orang Sungai Limau ni tak mengenangkan jasa dan pengorbanan Allahyarham, usah mimpi la PAS akan dapat kekal. Tentu - tentu hanyut jugak dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping