Selasa, November 05, 2013


Semua ni salah Pakcik yang tayang Anu ni punya pasal la. Dah potong stim puak - puak Parti Angguk Saja tu nak buat jamuan malam tadi. Loya orang menengok gelagat dia.

Baru diorang nak bermegah - megah dengan kemenangan yang diorang capai di Sungai Limau, dah datang pulak musibah baru. Penyakit dari PKR tak sudah - sudah.

Lewat malam semalam, Pakatan sekali lagi telah diludah tepat pada muka Si Ketua Penipu tu dengan pengumuman dari ADUN Kadamaian Sabah ni.

Inilah masalahnya bila suka sangat pikul biawak hidup. Penyudahnya, sakit diri sendiri. Hari tu bangga sangat dengan Si Lajim Ukin tu. Sekarang, dia jugak bawak penyakit.

Apa pulak dakwaan Pakatan lepas ni? Nak kata ini semua kerja UMNO jugak ke? Nak kata UMNO bayar ADUN Kadamaian tu pulak ke? Heh! Agak - agak la wei!!!

ADUN tu keluar parti sebab dia menyampah dengan kepimpinan PKR serta Pakatan Haramjadah ni. Dia meluat tengok perangai Pakatan yang suka cakap tak serupa bikin.

Kalau depan orang, bukan main lagi mendabik dada kononnya diorang nak menjaga Kebajikan Rakyat dan memperjuangkan Keadilan. Tapi hakikatnya? Ahli sendiri pun diorang abaikan!!! Tu pasal la makin hari orang makin menyampah!!!
KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremmy Malajad pada Isnin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuat kuasa pada Isnin. Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di sini.
Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.
"Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," katanya.
Jeremmy berkata, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.
"Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. P arti
    K ian
    R eput

    satu...satu..lepas satu..satu gugor...

    BalasPadam
  2. Hari ini UMNO ada wang utk beli, besok belum tahu lagi, diktator yg terkuat pun dah tersungkur

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping